Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

9 Dis 2012

Nasi Goreng Cina Paling Ringkas






Sebetulnya dah agak lama, saya tidak memasak. Kalau tak silap, sejak balik dari Egypt, saya mula jarang ke dapur dek kesibukan tugas di pejabat yang menyebabkan masa di rumah, lebih kepada berehat. Lebih lebih lagi bila hubby dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan nasi. Jadi saya terpaksa mengurangkan aktiviti masak memasak sebagai sokongan kepada encik hubby juga.


Pagi ini saya masuk ke dapur lebih awal dari anak anak dan bila terlihat ada baki nasi putih yang dimasak malam tadi, saya memutuskan untuk menyediakan Nasi Goreng Cina yang sangat mudah. Memang mudah kerana saya hanya menggunakan bawang putih sebagai perencah. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng sedikit ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama, saya masukkan bawang putih yang dicincang. Apabila bawang putih mula kekuningan,  masukkan nasi dan dikacau rata. Kemudian pecahkan 2 biji telur di tepi kuali sebelum digaul rata dengan nasi. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk lada sulah. Angkat dan ceduk ke dalam mangkuk hidangan dan tabur ikan bilis goreng. Siap untuk dihidangkan.

Sekianlah entri sempoi dari saya supaya mood maintain dan tak hanyut ke laut ini.




8 ulasan:

  1. nasi goreng tetap jadi pojaan...walaupun kekadang ringkas je..tetap sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. nasi goreng sekarang versatile, boleh dimakan bila bila masa sahaja.

      Padam
  2. Azie, sometimes the simple things taste just as good. This very simple nasi goreng has lots of flavour from the ikan bilis. I like! But I also have to kurangkan makan nasi :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes agree, should reduce the amount of rice in our diet. Now we use beras basmathi.

      Padam
  3. Balasan
    1. Adda, entri utk menaikkan semangat supaya mood tak hanyut ke laut

      Padam
  4. biarpun nampak sempoi tp tetap nampak menyelerakan......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bonda, skrg tgh memikirkan cara utk mengurangkan pengambilan nasi. tapi bila dah masak sendiri, makan bertambah juga.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.