Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

6 Oct 2012

Nasi Lemak Dengan Ayam Goreng Berempah







Selepas solat Isyak di Surau Ad Dhuha malam Jumaat lepas, para jemaah telah dihidangkan dengan nasi lemak dengan berlaukkan Ayam Goreng Berempah di samping sambal tumis, telur rebus dan timun. Aduuh sedap sekali nasi lemak yang dimasak dan kemudian dikukus itu. Masih teringat ingat keenakannya menyebabkan saya ingin memasak nasi lemak yang memang dah lama saya tak membuatnya. Sempat juga saya bertanyakan resepi ayam goreng yang nampak simple tu.

Hari ni selepas menghadiri kelas tafsir Al Quran di Surau Ad Dhuha, memang balik kekenyangan kerana jemaah dijamu pula dengan laksam yang memang sedap. Aduhaai, betul betul laksam Kelantan lah kiranya. Ya lah laksam tu dimasak oleh Kak Yah dari Block D yang memang berasal dari Kelantan. Tengok pula atas meja, ada beberapa bungkus nasi lemak yang hubby beli untuk anak anak sebelum dia ke pejabat tadi. Namun begitu, saya tak dapat menahan hasrat untuk memasak nasi lemak kukus. Jadi dengan sentimentalnya, hahaha tak ada nak rushing sebab semua makanan dah ada kan, saya mula ke dapur mengeluarkan ayam untuk dibuat Ayam Goreng Berempah. Sambil sambil tu, saya sediakan bahan bahan untuk membuat Sambal Tumis Ikan Bilis yang muuaaah sedap. hahaha puji diri sendiri lak, minah ni.

Hari ni cuma nak kongsi resepi Ayam Goreng Berempah ni jer. Walaupun mudah, mungkin ada anak anak kita yang belum tahu. hmmm termasuklah saya yang baru jer tahu cara cara membuatnya. Nasi lemak tu biasa sahaja lah, tadi saya tumiskan dengan minyak majerin, kulit kayu manis, bawang merah dan halia bersama daun pandan. Lepas tu masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Goreng seketika sebelum dimasukkan santan dan garam secukupnya. Bila dah santan kering, pindahkan ke dalam pengukus yang telah mendidih. Kukuslah sehingga masak. 





Hari ini tak ada telur untuk digandingkan dengan nasi lemak kerana stok dah habis. Biasanya kalau makan nasi lemak tanpa telur rebus atau timun, rasa macam bukan makan nasi lemak. Apa apa pun nasi lemak saya hari ini sangat laku, semua orang menambah berkali kali termasuklah saya yang sedang berdiet ni. Tumpang sekaki.  

Minum pulak dengan Ahmad Tea yang dimasukkan sedikit saffron yang memang terkenal dengan khasiatnya. Ya lah, makanan sunnah dari bumi Ambiya, memang banyaklah khasiatnya kepada manusia. Kalau ada sesiapa berminat, bolehlah hubungi saya kerana kami sekarang menjual saffron juga. Boleh baca detail di SINI.

Jom tengok resepi ....




Ayam Goreng Berempah

Ayam
Bawang merah 
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Daun Kari

Blend bawang dan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Lumur pada ayam dan diperap seketika atau semalaman, lagi sedap.




Goreng ayam sambil dikeluarkan bawang goreng yang hangit di dalam minyak. Apabila ayam hampir masak, masukkan daun kari supaya ayam menjadi wangi.




Angkat dan sedia untuk dihidangkan.






15 comments:

  1. hmmm cantiknya nasiiii.. suke tengok berderai gitu dipadankan dengan ayam goreng berempah...waduhh.. sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izah, bila digoreng dan kemudian kukus, nasi lemak jadi bertambah sedap, kan? Saya guna beras basmathi, lagi sedap jer mengunyah nasi

      Delete
  2. Replies
    1. Ita, saya mmg suka nasi lemak simple. Janji nasi dg sambal mesti sedap. Saya suka nasi lemak yg dibungkus RM1 tu. Boleh habis 2 atau 3 bungkus tu

      Delete
  3. Sedap menu hari nie kak...xpnh try lg nasi lemak kukus...xde telur rebus pun xpe kak....dpt ayam goreng berempah pun dah leh laju jer makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kukus nasi lemak, sedap. My hubby kata dia masuk rumah jer dah semerbak bau nasi lemak. Sampai petang pun masih wangi dan lembut jer nasinya

      Delete
  4. sedapnya nasi lemak Azie tu sambal nya ngancam dgn ayam nya lagi berempah akak pun boleh bertambah kalau makan ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, nak nasi lemak yang sedap, mesti nasi dan sambalnya sedap. Lauk lauk tu, tak lah penting sangat. Hanya sampingan jer

      Delete
  5. Salam Azie, saya nak cadangkan untuk tambah rempah kari sedikit masa perap ayam tu. Kalau goreng naik bau wangi gorengan. Ini yang selalu saya buat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, boleh cuba nanti. Ada banyak versi ayam goreng rempah ni. Tapi yg ni kira yang paling sempoi

      Delete
  6. Azie, please tujuk ajar cara membuat nasi lemak nya. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk perenggan 3 atau search nasi lemak, pasti banyak dalam entri saya yg terdahulu.

      Delete
  7. Blog Kak Azie ni bestlah! Saya suka sangat. Masakan pun best2! Penerangan yg jelas.
    :)

    ReplyDelete
  8. Kak azie,knp sy slalu wat nsi lmak,mcm nk mentah ye?failed bab sukat air n santan utk nsi lmak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ianya bergantung kpd beras yang kita guna. Masak lebih kurang masak nasi biasa cuma diletak santan. Tapi kalau kukus, nasi mesti masak.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.