Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

3 Oct 2012

Nasi Beriyani Pakistan Untuk Nana






Hari ini hari terakhir Nana di rumah sebelum balik ke Egypt untuk menghadiri hari penganugerahan Ijazahnya. Kami akan menyusul kemudian. Setelah 6 tahun bertungkus lumus dan melalui pelbagai ujian, saya bersyukur kerana akhirnya Nana berjaya dan akan menggenggam ijazahnya pada minggu hadapan. Sebagai ibubapa, kami sangat bangga dengan pencapaian beliau.


Tengahari tadi, saya menelefon menanyakan apa yang dimasak, katanya dia hanya memasak nasi goreng dan meminta saya memasak. Mendengar itu, saya terus memohon cuti separuh hari di sebelah petang. Balik rumah saya terus menyediakan Nasi Beriani Ayam Pakistan untuk hidangan petang. Hmmm dah lewat untuk dipanggil sebagai lunch. OK lah kiranya makan tengahari yang lewat, jadi malam ni tak perlu makan lagi sehingga menghantar Nana ke airport.  

Resepi ini dah banyak kali saya gunakan untuk memasak Beriani Ayam dan juga Beriani Kambing di SINI. Sedap Nasi Beriani yang dimasak menggunakan resepi yang saya belajar dari rakan sekerja saya yang memperolehinya dari jiran jiran Pakistan semasa beliau tinggal di Jeddah.

Saya letakkan sekali lagi resepi nya di bawah untuk memudahkan rujukan di masa depan.....







Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:

Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.




Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 




Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.






Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.


Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.


Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.




Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 




Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan ayam tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.





Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.





Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 





Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.


Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar


Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.






16 comments:

  1. wah sedap lah nampak nasi tu Zie,untungnya Nana ya dpt ibu macam Azie sanggup ambik cuti separuh hari utk memasak, tahniah utk Nana jugak best nya Azie jalan sambil makan angin jugak tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Kak Noor, Nana pun tolong juga memotong apa yg patut utk percepatkan kerja kerja memasak

      Delete
  2. kak Zie,,,masyaallah terliur di buatnye..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah akan di cuba nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Ummi. Anak anak pasti suka

      Delete
  4. Salam perkenalan dari saya...sebelum ni just silent reader ajer hehe..tapi terasa nak review psal nasi pakistan yg telah saya cuba resipinya dari blog kak azie...saya adalah peminat aneka jenis nasi ala minyak ni..yang membuat terliur nak cuba kerana entry lepas psl nasi beriani pakistan ya ampun..hehe ayat power yg membuat saya dari hari kehari menunggu masa terluang nak mencubanya.. xpernah tau ada beriani pakistan..biasa dgar nasi beriani mamak n arab jer....menarik juga tengok resipinya berbeza ckit caranya dari biasa...memang ya..ya ampun sedap nyer...masak sendiri memang
    puas hati makan hingga bertambah jadi 2...terima kasih kak kerana memberi paparanr resipi yang awesome n ya ampun ni ..terima kasih juga dgn ada pic step by step yg byk membantu kerana penyediaan nya pun agak remeh kalau jenis x berapa reti mcm saya ni..terima kasih lagi n lagi n lagi kak :)) *next time nak try daging kambing pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mai kerana akhirnya sudi untuk menulis setelah sekian lama menjadi silent reader ya. saya memang suka makan nasi beriani Pakistan di jalan Masjid India, rasanya mmg lain dari nasi beriani mamak. Tapi mahal harganya dan ayamnya pulak kecik jer. Jadi bila dah buat sendiri, mmg puashati sangat dan boleh makan bertambah tambah lagi.

      Delete
  5. akak teringin nak buat nasi beriani tapi takut tak jadi dah ada step ni senangla sikit pah ni nak cuba buat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, ikut step ni mesti menjadi. Beriani Pakistan lain sikit rasanya dg briyani mamak

      Delete
  6. akak teringin nak buat nasi beriani tapi takut tak jadi dah ada resipi detail ni rase nak cuba buat tapi masih rase tak yakin lagi tapi nak cuba juge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba dulu. Insya Allah menjadi

      Delete
  7. Salam kak..saya bru nak try wat, sebelum ni mmg dah buat pun tapi x jadi sgt sb x der step by step just ikut resepi dari titli nihaan kat youtube... Dah ader step by step ni lagi bgus..cuma susu tu guna fresh milk ke susu cair? Sebabkan nak wat ari ni jugak saya bantai jer susu cair apa apa pun tks kak sharing the resepi

    ReplyDelete
  8. Waaa sedapnya...terngiur pulak...mujur tak meleleh air liur. Bestnya akk pandai masak mcm2 la. Lepas ni hari2 saya akan intai blog akk cari resepi baru. Thanks kak

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Puan Azie saya masak beriani ini untuk Raya "eve"... Sedap dan sungguh sihat juga jika guna basmati, low fat yogurt, ayam yang dibuang kulit dan kurang minyak semasa menumis rempah beriani... Thank you Puan! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.