Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Pengalaman menunaikan fardhu Haji pada bulan November 2006 hingga Januari 2007 adalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan seumur hidup walaupun saya pernah mengerjakan ibadat umrah sebelumnya. Rasa sangat terharu dan penuh keinsafan apabila berpeluang menjejakkan kaki sekali lagi di Mekah untuk mengerjakan ibadat Haji. 

Sebelum pergi, saya membuat persediaan dengan membaca dan menghafal doa doa dan meminta panduan dari kakak di kampung melalui telefon. Saya menyediakan sendiri skrip doa doa yang diterjemahkan di dalam kertas kecil yang dilipat memuatkan tapak tangan sahaja untuk memudahkan rujukan.

Apabila mengikuti kursus haji, barulah saya mengerti apa yang diberitahu kawan saya bahawa banyak kesilapan yang dilakukan semasa umrah yang saya sendiri juga melakukannya kerana tiada persiapan yang rapi dilakukan sebelumnya. Juga kerana tiada kursus intensif disediakan sebelum menunaikan umrah.

Pengalaman mengerjakan umrah dan haji sangat berbeza dari segi cabarannya. Jutaan manusia yang mengunjungi Masjidil Haram di musim haji, menjadikan peluang untuk mendekati Hajar Aswad amat tipis. Malahan setiap kali melintasi nya, saya sangat berharap untuk dapat melihatnya sahaja pun tak dapat.

Perjalanan ke Padang Arafah untuk kami telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Alhamdulillah. Padang Arafah juga tidak sesak seperti yang saya gambarkan sebelum ini. 


Kami tidur bertilam dengan selesa walaupun sebelum itu diberitahu bahawa kami perlu tidur di atas tikar sahaja. Biasalah bilik air sahaja yang menjadi dugaan kerana masih ada jemaah yang mementingkan diri sendiri dengan mandi di waktu solat subuh. Ada yang siap menggosok gigi dsb. 

Tindakan yang dilakukan mereka amatlah tidak prihatin kepada keperluan jemaah lain yang ingin bersolat subuh atau menunaikan hajat walaupun dipesan berkali kali dalam ceramah kursus Haji. Di Padang Arafah, saya dan hubby saling menangis memohon kemaafan antara satu sama lain sebelum keluar untuk berdoa.

Perjalanan dari Padang Arafah ke Mudzalifah juga berjalan lancar. Namun berlaku juga kejadian yang agak memanikkan kerana sebaik sahaja saya keluar dari bilik air, saya melihat jemaah mula beratur untuk menaiki bas, jadi saya memang tak tahu bagaimana ingin mencari suami saya di dalam keadaan begitu. Keadaan telah berubah dengan keadaan sebelum kami ke bilik air. 


Alhamdulillah, berkat doa kepada Allah, saya dilihatkan suami yang sedang beratur untuk menaiki bas. Dengan lutut yang agak menggigil, saya pergi mendapatkan suami. 


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Kami merupakan antara yang terawal tiba di khemah di Mina. My hubby siap mengambil tilam untuk kami. Dalam kesibukan orang lain memindah barangan, saya sudah boleh berehat sambil berbaring. 


Teringat lagi ada jemaah yang tak puashati melihatkan saya bertilam dengan membuat komplen kononnya bagi lah tilam kat orang tua tua. Saya memberitahu yang semua orang akan dapat tilam, Cuma perlu ambil sendiri di luar khemah, jika mahu cepat. 

Hmm ada juga orang yang begitu. Berlagak seperti anak anak yang mengadu domba. Saya hanya bersabar dan membiarkan mereka bertekak dan bertikam lidah antara satu sama lain. Masa tu ada yang claim yang dia menguruskan syarikat yang besar, yang kononnya mampu untuk menguruskan khemah ini juga.

Keesokan harinya, pagi pagi lagi hubby dan kawan kawan mengajak kami balik ke Mekah. Bayangkan berbatu batu jauhnya perjalanan dari Mina ke Mekah. 


Semasa sampai di jamrah untuk melontar, bunyi nya agak menakutkan, tapi Alhamdulillah tanpa saya sedari saya telah pun berada rapat dengan jamrah dan dapat melakukan ibadat melontar dengan mudah sekali. Selepas melontar, kami bercukur rambut di mana hubby telah mencukur botak kepalanya. 


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Selepas itu meneruskan perjalanan ke Mekah untuk melakukan ibadah Tawaf dan Saie. Ya Allah, manusia terlalu ramai melakukan ibadah Tawaf dalam masa yang sama. Teramatlah kepenatan sehingga selepas habis sahaja melakukan tawaf, saya dan hubby tertidur di pintu masuk menghala ke tempat Saie. 

Semasa melakukan Saie pula, terasa sakit sangat kaki kerana terkena kaki orang di belakang kita. Pergerakan semasa melakukan saie seolah saya bergerak sendiri kerana ditolak oleh ribuan manusia di belakang. Oleh kerana tak tertahan lagi, saya memutuskan untuk meneruskan saie di tingkat atas masjid. 

Perjalanan menaiki tangga untuk ke tingkat atas juga amat sesak. Menaiki tangga dalam kepenatan sehingga saya berhenti di tepi tangga dan tidur seketika.

Sebelah malam, kami sepatutnya balik ke Mina dengan bas bersama Ustaz Tunggul Wahidin bersama jemaah lain yang balik ke Mekah untuk bersolat raya di masjidil haram tetapi bas tidak tiba dek kesesakan jalan raya. Bayangkan kami mempunyai masa yang ngam ngam untuk melepas jamrah sebelum dikenakan dam. 


Dengan kaki yang terhenjut henjut sakit, saya boleh berjalan pantas sepantas angin dan berjaya melepas jamrah dalam waktu yang ditetapkan. Tapi sebaik melepasi jamrah, saya langsung tak boleh berjalan lurus, hanya mampu mengheret kaki dan berjalan terhenjut henjut. Sesampai di khemah sudah agak malam, selepas minum teh, kami terus masuk khemah dan tidur.

Untuk melontar hari terakhir, kami bercadang untuk tidur di jamrah. Perjalanan dengan  bas dari Mekah ke jamrah memakan masa berjam jam lama dek kesesakan lalu lintas. 


Masa itu, kiranya kami celebrate tahun baru 1 Jan 2007 di dalam bas yang penuh dengan asap kenderaan. Pengalaman tidur di atas jalanraya tepi jamrah tidak mungkin dilupakan seumur hidup. 


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Sebelum itu, kami makan nasi mandy sabil free yang sangat sedap. Teringat ingat lagi ayamnya yang sangat juicy dan masih panas panas. Tidur bertilamkan hamparan nipis menjadikan sakit belakang yang teramat. 

Terjaga di tengah malam apabila terasa tiupan habuk dan sampah di belakang tempat kami tidur. Barulah tersedar yang orang orang Arab yang sebelum ini tidur dibelakang telah pun beredar. Selepas solat kami terus melakukan ibadah melontar dan sempurna lah segalanya.


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Hari hari terakhir di Mekah sempat juga keluar ke bandar dan membeli belah barang barang untuk dibawa balik di supermarket. Saya memborong banyak air jus Rani dan biskut Al batal. 

Kemudiannya berangkat ke Madinah bila kami berkenalan dengan Hosam, pelajar universiti Madinah yang bekerja secara sambilan dengan jemaah haji. Beliau mengundang kami ke rumahnya dan menghidangkan nasi mandy yang teramat sedap dari Restoran Jibal Ridan. Terguling seekor anak kambing di atas hidangan nasi mandy. Yang saya ingat, saya menarik keluar lidah kambing yang sangat sedap.


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Selepas itu, hubby dan rakan rakan pergi lagi ke Jibal Ridan untuk membeli nasi mandy bagi menjamu ustaz ustaz. Semasa kami mencari ayam panggang untuk dijadikan lauk tambahan, hubby dah kena pick pocket yang memang agak sukar uantuk dipercayai. 

Mereka sangat cekap kerana dompet yang diletak di dalam poket baju yang bertutup pula dengan kain serban, memang agak sukar bagi orang biasa untuk melakukannya. Lebih lebih lagi pada masa itu, crowd adalah terdiri dari orang orang Indon yang kebanyakannya rendah rendah dari my husband. 

Nasib baik kerana kawan kawan yang berkongsi membeli nasi mandy belum membuat bayaran untuk bahagian mereka. Jadi kami masih ada lah duit untuk beberapa hari sebelum berangkat balik. Alangkah mahalnya harga ayam panggang yang dibeli. Itulah usikan kami pada hubby kerana bernilai lebih dari RM1k. Nasib baik tak ada dokumen berharga lain di dalam dompet itu kecuali gambar portrait saya yang sentiasa menemani my hubby.





Perjalanan balik ke Malaysia juga memberi kenangan manis semasa menaiki kapal terbang apabila saya dan sahabat melompat dari bas dan berlari laju menaiki kapal terbang. 


Kami orang pertama menaiki kapalterbang dan dapatlah tempat duduk yang selesa untuk memuatkan kaki my hubby yang panjang tu. Kepulangan kami disambut bonda, bonda mertua dan ahli keluarga lain. 

Alhamdulillah kerana telah memudahkan segala urusan kami sepanjang di sana tanpa mengalami apa apa dugaan yang besar. Allah hanya akan menguji berdasarkan dugaan yang mampu ditanggung oleh hambaNya.


Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar

Diberi peluang untuk berada pada tahun Haji Akbar adalah sesuatu yang memang tidak dijangka dalam hidup dan kami sangat bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah. 

Saya hanya  mengetahui berkenaan perkara ini selepas mendapat sms dari  kakak saya,  Cik gu Asiah dari kampung. Sedang kami di Mekah hanya sibuk mengerjakan ibadah sehingga tidak menyedarinya sehingga di saat terakhir. Inilah rezeki yang tersangat indah dikurniakan kepada kami...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Menjadi Tetamu Allah Dalam Tahun Haji Akbar"