Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

19 Sep 2012

Rumah Terbuka Lagi




Hari sabtu yang lalu sempena minggu terakhir bulan Syawal, kami berhari raya di 2 rumah terbuka sahabat kami sejak dari zaman universiti lagi iaitu Dato Salehuddin dan Dato Mohd Shafie. Oleh kerana minggu ini merupakan minggu terakhir Syawal, maka banyak sekali undangan untuk ke majlis rumah terbuka yang tak sempat kami hadiri.

Kali ini semua anak anak ikut serta. Memang ada rumah rumah yang hubby akan pastikan semua anak anak ikut serta iaitu rumah rumah sahabat baik kami.





Kalau dah berjumpa tu, pasti ada sahaja usik mengusik dan yang tak lupa ialah berposing untuk album sebagai kenang kenangan. Maklumlah setiap detik dalam hidup kita adalah sejarah di masa hadapan kerana masa yang ditinggalkan tidak akan kembali lagi. Yang kekal adalah gambar gambar yang diambil untuk dibelek lagi dan lagi di masa hadapan.





Melihatkan anak anak yang sudah besar panjang, terasa yang kita sebenarnya sudah pun meningkat usia. Anak anak kami juga berkawan sejak kecil lagi.





Setelah bertahun tahun tak jumpa dan akhirnya berjumpa dengan Tuan Hairani dan isteri di rumah terbuka Dato Saleh. Mereka adalah antara sahabat baik yang telah lama terputus hubungan. Biasalah kalau berjumpa dengan geng geng kolej, pasti topik kesihatan dan perkembangan terkini menjadi tajuk utama terutama Warx Masrol yang akan berpesan pesan pasal pemakanan sihat....






Sebelum berundur, geng alumni telah berposing dengan tuan tanah sebagai kenang kenangan. Dari sini, kami berkonvoi pulak ke rumah Dato Shafie di Kota Damansara pula. Seronok bila dapat berhari raya bersama sama dengan geng geng Alumni.




Masakan yang dihidangkan di rumah Dato Shafie pun sedap sedap semuanya. Walaupun sudah kekenyangan, kami tetap menjamu selera dengan hidangan yang best best terutama kambing panggang yang sangat sedap giteeww....




Sebelum balik, kami lagi sekali bergambar dengan tuan rumah sebagai kenang kenangan. Gambarlah yang akan kekal abadi untuk tatapan di masa masa hadapan.






Sehingga berjumpa lagi di Syawal tahun hadapan. Kebiasaannya setahun sekali semasa Syawal lah baru dapat bersua muka.


3 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.