Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

14 Sep 2012

Part XII: Kolam Ikan Yang Mendamaikan








Kolam ikan adalah hiasan laman yang saya idamkan walaupun puas anak anak memujuk supaya kami membuat kolam renang, namun saya tetap bertegas. Saya cukup faham yang mereka hanya beria ia di peringkat permulaan dan akhirnya kolam renang akan tinggal begitu sahaja. Dengan keluasan taman luas yang dibahagi kepada 5 bahagian, boleh sahaja jika ingin membina kolam renang. Namun saya tidak mahu merasa sakit hati dan terbeban bila melihat ianya terbiar. Sedangkan kolam ikan adalah tempat saya beriadah, tempat saya menenangkan fikiran dengan melihat ikan ikan berenang riang.

Memancing dan ikan adalah satu akitiviti yang sangat saya sukai sewaktu kecil. Kalau dulu memancing tu, saya panggil sebagai mengail jer. Semasa kecil saya dibesarkan di Kampung Tangok yang dipisahkan dengan Kampung Rusa oleh sebatang anak sungai tempat saya memancing. Saya pernah menyeberang anak sungai dengan melalui batang kelapa sebagai titi demi untuk memancing tanpa sedikit rasa gusar. Walhalnya saya tidak tahu berenang.

Pengalaman melintas anak sungai di bawah jambatan Rusa juga tidak dapat saya lupakan. Saya pernah terpijak paku sebesar jari sewaktu memancing di kawasan pembinaan jambatan berkenaan. Nasib baik saya memakai selipar tebal 2 inci, jadi paku yang masuk ke tapak kaki saya tidak sedalam jika saya memakai selipar biasa. Saya masih berahsia dan balik tidur diam diam tanpa diketahui sesiapa sehingga bonda mengejutkan pagi esoknya dan terkejut melihat saya tidak boleh berjalan. Terus di bawa ke klinik dan diberi injection kerana dikuatiri jangkitan kuman kerana paku yang berkarat. 

Melihat mana mana anak sungai, terutama di kampung Rusa tempat saya memancing sedari kecil, membuatkan saya tergedik gedik. Serius saya sangat ingin memancing seperti dulu. Saya rindukan aktiviti memancing menggunakan batang kail dari buluh, tali tasi dan mata kail. Umpannya pula menggunakan labah labah, saya tak pernah menggunakan cacing kerana geli untuk memegangnya. Tidak dapat digambarkan perasaan saya bila berjaya menyentap ikan yang memakan umpan di mata kail saya. Biasanya ikan yang dipancing hanyalah ikan puyu. Tapi ianya cukup untuk menggegarkan dada dan owwwh terlalu gembira. Tiada bahasa untuk ditulis bagi mengambarkan lukisan di hati saya. Saya mengalami dan merasa kedua dua pengalaman hidup sebagai anak kampung yang berpanas di bawah matahari tetapi menyeronokkan dan juga pengalaman menjadi orang bandar yang hidup hampir 24 jam di dalam air condition.....




Ok panjang pulak berceloteh pasal memancing, jom kita berbalik pada pembinaan kolam ikan ini yang sangat mencabar. Biasalah ramai yang ingin mengambil kesempatan. Quotation yang diterima ada sehingga RM40K walaupun saya memberitahu pembinaan kolam akan dibuat oleh saya sendiri. Bayangkan untuk sistem diminta sebanyak itu. Bukan saya jika saya menerima harga itu. Bukan juga RM4000, bukan kedekut tetapi bukan prinsip saya.

Saya lebih puas melakukannya sendiri. Saya google dalam internet dan belajar step by step cara cara pembinaan sistem kolam. Saya melukis sendiri aliran air dan sistem penapisannya, saya membayangkan bagaimana ianya akan bekerja. Semua nya terlukis dalam kepala saya. Saya mencari dan membuat networking sehingga menjumpai pekerja yang memang bekerja dengan syarikat yang membuat kolam ikan dengan pertolongan Encik Sulaiman Abdul Ghani, jiran pada sahabat kami Dato Salehuddin di Shah Alam. Dari situ, saya mengumpul ilmu dan mencatit apa sahaja tips yang diberi. 

Dari pekerja Encik Sulaiman, Pensyarah yang sangat kreatif ini saya telah diperkenalkan dengan Pak Tam yang kemudiannya memperkenalkan seorang pekerja untuk memasang batang paip bagi tujuan ini. Tengok kerja kerja pemasangan yang sedang dilakukan. Tidak susah pun sebenarnya.





Bayangkan kalau saya telah membuat kolam sendiri kerana ianya sebahagian dari struktur rumah, mana mungkin saya bayar untuk kerja piping dan sistem sehingga berpuluh ribu ringgit. Tidak mungkin sama sekali saya membayar harga setinggi itu. Kolam saya terbahagi kepada 4 bahagian di mana setiap 2 bahagian akan berkongsi satu sistem filter. Ianya bertujuan untuk memudahkan maintenance tapi saya mereka bentuk ianya supaya kelihatan seolah satu kolam yang bersambung bermula dari pintu masuk utama seperti dalam gambar di bawah. 






Tanah untuk membuat kolam telah dikorek dari peringkat awal lagi. Peringkat seterusnya ialah untuk membuat plaster dinding lantai kolam.







Bahagian kolam di pintu masuk utama mula menakung air untuk melihat kalau kalau terdapat kebocoran dsb.





Sebelum kolam ini siap sepenuhnya dan sebelum berpindah masuk, kami telah dianiayai oleh seseorang. Ya lah yang pastinya orang lah kan? Tak kan lah binatang atau jin syaitan pulak. Kalau jin manusia yang boleh dilihat ya lah kot. Kan ada disebut dalam surah An Nas. Tapi saya telah memaafkan sesiapa sahaja yang telah melakukannya dan menyerahkannya kepada Allah untuk urusan seterusnya. Pengalaman dianiayai amat pahit dan menyakitkan kerana kesan penganiayaan itu yang berbentuk kekal dan mungkin selamanya.  Untuk masuk ke syurga, jangan menyakiti sesiapa... Apalah guna menyakiti kerana saya tidak mengharapkan pertolongan sesiapa untuk kebahagiaan keluarga kami.

Walau proses membaikinya menelan kos dan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, namun saya masih bersyukur kerana kolam saya tetap disiapkan. Dalam serba kekurangan, akhirnya kolam kami dapat juga dirasmikan dengan gembira oleh anakanda kami, Aween yang dari dulu melobi supaya dibuat kolam renang, bukan kolam ikan. Jadi sebelum dimasukkan penghuninya, saya meminta Aween berenang di dalamnya terlebih dahulu....  





Walaupun ada masalah dari segi kebocoran, namun kolam saya menghasilkan air yang sangat crystal clear dengan keperluan maintenance yang sangat minimum. Yang penting, saya berpuashati dengan segala usaha yang telah dicurahkan selama ini. Dan saya tidak pernah berputus asa untuk membuat penambahbaikan pada masa hadapan. 





Tengok saiz ikan yang kecil kecil sahaja semasa mula mula dipelihara dan dipindahkan ke kolam besar. Kini mereka mula membesar dan telah ada 2 ekor anak koi yang dibiakkan di kolam ini. Kolam ini hanya menempatkan ikan koi tempatan sahaja.





Kolam di hadapan pintu masuk pula menempatkan ikan koi jepun yang diimport dari Jepun yang sangat cantik dan harganya juga lebih mahal. Berbentuk topedo, berwarna cantik dan terang serta bercorak menarik. Semasa dibeli, ianya hanya bersaiz 2-3 jari sahaja. Setiap pagi sebelum ke pejabat, saya pasti berhenti untuk melihat ikan ikan ini yang menunggu saya keluar rumah setiap pagi dan petang. 







Setiap hari selepas balik dari pejabat saya dan hubby pasti menjenguk ikan ikan ini dan mereka juga menunggu kedatangan kami untuk mendapat bahagian rezeki mereka yang datangnya melalui kami. Kini ikan ikan berenang riang dan hati saya juga berlagu riang bila melihat kegembiraan mereka.  Kami membeli anak anak ikan koi yang kecil sahaja dan mereka membesar bersama sama kami di Villa Nur Qaseh.... Boleh klik di SINI untuk catatan sebelumnya.



7 comments:

  1. salam k.azie..seronok baca pengalaman k.azie dalam merancang & melaksanakan sendiri pembinaan rumah tercinta..mmg payah kan kak tp sgt berpuashati ngan hasilnye..syukur alhamdulillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman yg perit sebenarnya. Terutama bila kita tak punya masa utk supervise

      Delete
  2. salam k.azie.cantik sungguh kolam akak.sy jugak dlm proses utk membuat kolam ikan spt akak dan mcm biasa quatatiaonnya semua melampau2 wlupun rumah sy hanyalah semi-d.blh tak akak bg ctc person org yg buat kolam akak.aini-templer park.(akak blh email sy di nikki.danisha@yahoo.com.my).thanks in advanced ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini,
      Saya membuat sendiri dg menggaji pekerja Indon.

      Delete
  3. oh ok.lupa nk tanya tukang yg pasang paip dlm kolam tu (kwn pak tam klu x salah) ada tak ctc dia kak.tq-aini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada. Semua dah lost contact. Banyak no hilang selepas hp saya corrupted

      Delete
  4. Salam tuan rumah...
    Boleh tnya berapa kos upah pekerja korek tanah...
    Sy cdg nak buat kolam... ikan koi juga
    Dlm saiz 8x15 saja...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.