Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

4 Sep 2012

Part IX: Gazebo Pelengkap Laman Tropika Nur Qaseh





Gazebo adalah antara deko laman yang saya mesti ada kerana ianya merupakan keinginan saya sejak sekian lama. Malahan kedudukannya sudah ditentukan di dalam pelan rumah lagi.

Saya telah ke Bali beberapa kali untuk berbincang berkenaan pembelian bahan bahan pembinaan gazebo di sana. Saya memang mahukan gazebo yang menggunakan shirap belian dek teruja melihat gazebo mewah di rumah sahabat saya dan juga mentor saya iaitu Puan Ismati dan suami Encik Rahim yang memang bercitarasa tinggi dalam menghias rumah dan laman.

Saya juga telah ditipu oleh pekerja Indon yang hanya membuatnya separuh jalan sahaja walaupun payment telah dibuat melebihi separuh dari harga asal. Akibatnya bila orang baru dilantik, saya terpaksa membayar lebih. Namun ianya masih murah dengan keluasan 9x9, saya hanya berbelanja sekitar RM7000 dengan menggunakan bahan bahan terpilih sahaja.




Menggunakan kayu cengal terpakai bersaiz 9x9 yang dibeli kedai kayu terpakai. Tapi bila dipotong ternyata kayu kelihatan masih hidup. Itulah keistimewaan kayu cengal. Saya memilih kayu terpakai kerana inginkan tekstur yang nampak rugged.

Tengok step pembinaan gazebo kami dalam gambar gambar di bawah yang memang dipantau dengan teliti pembinaannya.









Saya memang berbelah bahagi samada mahukan gazebo yang berlantai konkrit dan diletakkan kerusi dan meja taman di atasnya atau mahukan lantai yang ditinggikan. Saya mencari contoh contoh dan bertanya pendapat berapa ramai orang sebelum saya membuat keputusan. Itulah saya, sesuatu yang dihasilkan mestilah yang terbaik untuk saya kerana saya mahu sentiasa gembira dengan keputusan yang telah dibuat.

Jika menggunakan lantai konkrit, saya memikirkan berapa banyak kerusi sahaja dapat dimuatkan. Tetapi jika menggunakan lantai yang ditinggikan, boleh memuatkan ramai orang  tapi tidak selesa untuk duduk bersila kerana akan membuat baju yang dipakai berkedut. Haaa sampai ke situ saya berfikir. Namun sahabat saya, Dr Ibtisan memberi pendapat yang biarlah gazebo bercirikan gazebo sebenarnya kerana ianya sebahagian dari hiasan taman.

Lagi pulak, saya bukan suka duduk di luar yang panas. Saya lebih suka merai tetamu di dalam rumah sahaja kerana lebih selesa.  Selesa menikmati keindahan laman dari dalam rumah.... 




Akhirnya siap juga gazebo di rumah saya. Sengaja saya mengecat dengan warna gelap kerana mahu menampakkan kemewahan kayu cengal yang gagah dan gah di tengah panas dan hujan. Rujuk catatan sebelumnya di SINI.

  



11 ulasan:

  1. Salam lebaran sis.santainya kalau dpt lepak atas pangkin gazebo ini sambil minum ptg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasya, saya suka duduk di sini sambil memerhatikan ikan yang berenang renang. Bila stress, anak saya kata, mama keluarlah tengok ikan berenang.

      Padam
  2. cantek sangat gazebo nih ....lawa la umah ...suka tgk

    BalasPadam
  3. wah canteknye kolam ikan nih... mmg pandai akk survey semua material..kagum sgt..banyak penjimatan dan akan berasa lebih puas hati kan...hishhh masih kagum lagik nih

    BalasPadam
  4. kalau ada gazebo cantik lagu ni...kena pulak ada desiran air dari kolam ..wah3..memang syahdu la suasananya...kalau malam2 pasang lak background songs cam gamelan ke...siap dgn lampu taman yang romantik....boleh terlena kat luar di buatnya...
    saya nak suggest ,kalau ada budget lebih,boleh menambah assesori lain seperti kelarai bertam untuk di pasang pada siling gazebo...atau di buat wall panel untuk bersandar...boleh jugak tambah kan lampu sarang burung tempua anyaman rotan untuk menambah seri...semua nya boleh di dapati jika sudi ke blog saya..www.zackmohd.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas cadangan. Memang banyak lagi yang belum disiapkan di rumah ini dek kekangan masa dan bajet

      Padam
  5. Assalam Puan...mohon copy segala entri yg sy rasakan sangat terbaik....sy akan jadikan buku dan tentunya juga sebagai rujukan. Kerana sy sangat berangan tinggi hendak memiliki sebuah mahligai walaupun tak mungkin setara dengan Istana Nur Qaseh. ha..ha..ha.. Apa pun cara penulisan puan begitu bertenaga dan sangat berguna bg sy. Utk pngetahuan puan sy sudah pun selangkah di antara ribuan langkah lg sebelum sampai ke impian saya, baru2 ini sy mendapat rezeki sebidang tanah seluas 1/2 ekar, baru sahaja siap di ratakan dengan jentolak. Di situlah sy ingin bina impian saya.... Dan bila sy jumpa blog puan ini, sy syukur sangat kerana sy dapat sejuta inspirasi bak hujan yg turun apatah lg bila sy lihat sudut kolam yg diserikan gazebo itu...perasaan sy terus melonjak2, bagai esok juga sy nak pacakkan tiang. Sayangnya sy tak tuntas menulis seprti puan utk sy gambarkan betapa seronoknya sy membaca setiap perincian Istana NurQaseh. Terima kasih puan.

    BalasPadam
  6. Salam...sy jgak tgk survey gazeb0 yg best2 ni.plan nak bt sndr dgn bajet yg ciput ja.jom follow blk..sudaa follow kam0o

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, saya salute dengan kreativiti Kak Azie dengan menciptakan gazebo yang sangat cantik dan sesuai dengan warna latar belakangnya. Tenang je dengan adanya kolam dan rumput sebegitu. Sebenarnya Kak Azie dah bagi idea macam ni kepada ramai orang. Terima kasih Kak Azie. Saya juga ada menulis berkaitan dengan Gazebo dan Wakaf Kayu di blog saya.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.