Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

3 Sep 2012

Masak Lemak Cili Padi Ikan Salai Dari Riau






Pagi pagi hari minggu, selepas kakak saya balik saya cuma melepak lepak sambil mendengar ceramah Ustaz Kazim dalam youtube. Dah tengahari, baru dapat idea untuk memasak. Masuk ke dapur, teringat ikan salai yang anak saudara bawa balik dari Riau. Saya memang tak pernah lagi membeli ikan salai, apalagi untuk memasaknya. Setiap kali ke Negeri Sembilan, teringat lah masak Lemak Cili Padi ikan salai yang sedap.

Saya memasak macam masak lemak cili padi biasa cuma saya letakkan hirisan timun yang dah mula mengecut, kacang panjang dan juga lada hijau solok. Kiranya saya berjimatlah kerana tak perlu lagi memasuk sayuran. Sebelum keluar menghantar Boy ke Terminal Bas untuk kembali ke kampus, saya menggoreng 2 hiris ikan terubuk besar yang dibeli di pasar TTDI dan juga 2 ekor ikan cencaru yang digoreng sambal belah belakang. Baki sambal tumis udang yang saya masak untuk makan malam kakak saya pun masih ada sebab mereka makan di luar. Alhamdulillah, itulah hidangan kami untuk tengahari ini. Malam nanti saya dah kena mula berpuasa kerana saya akan admitted di Tropicana Medical Centre lagi untuk pemeriksaan lanjut pagi esok.






Alaaa resepi masak lemak tu  tak payah lah saya tulis lagi. Biasa aje, kisar cili padi dan kunyit hidup jer bersama santan. Lepas tu, masukkan garam. Kalau ikan lain, masukkanlah asam keping. Kalau ikan salai ni, takperlu pun masukkan asam keping. Masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya tak pecah minyak. Laaa kata tak nak tulis resepi tapi panjang juga bercerita pasal cara memasak masak lemak cili padi.

OK lah kita stop sini dulu. Doakan semoga pemeriksaan saya esok berjalan lancar dan saya diberi kesihatan yang baik untuk beribadah sehingga ke akhir hayat...


4 ulasan:

  1. jauh benor ikan tu dtg yer...dr Riau smpai dapur K.Azie baru jadi lemak cili padi yer..kihkih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adda, ya jauh dari tanah seberang. Dalam periuk bertemu juga

      Padam
  2. salam sejahtera Azie.

    Saya ada byk timun lebihan makan satay semlm, tlisan Azie ni mengingatkan saya supaya lebihan makanan jgn dibuang!
    Menyelerakan nampak!
    Dalam kesibukkan, Azie masih terus memasak! hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama, kalau di Kelantan, gulai nasi berlauk dimasukkan timun. Sedap. Tambahkan pula kacang panjang. Makan dengan sambal nasi berlauk, aduhaaai sedap tak terkata

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.