Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Terubuk


Kari Ikan Terubuk

Hari ini saya memang tak bercadang untuk memasak kerana masih tidak sihat. Saya hanya ke dapur untuk menyediakan mee hoon goreng sebagai sarapan kerana saya perlu bersarapan sebelum memakan ubat yang diberi oleh doktor kerana doktor mengesahkan yang saya menghadapi masalah gastrik yang tidak pernah saya sedari selama ini.

Pada mulanya saya ingin membuat Asam Pedas sahaja kerana lebih ringkas, dan semua bahan tersedia tetapi memikirkan yang saya perlu mengurangkan masakan yang pedas pedas buat sementara waktu, saya terus menyediakan kari. Kalau disediakan kari sekurang kurangnya ada juga lauk berkuah untuk dimakan dengan nasi. Kalau diberi pilihan, saya suka juga kalau ikan terubuk digoreng garam kunyit berbanding dengan dimasak berkuah.

Saya suka sangat makan kari yang dimasak oleh kakak ipar saya. Walaupun cara memasak adalah sama dengan apa yang saya buat, agaknya air tangan yang membezakan hasilnya. 

Lagi pulak, kari ikan adalah suatu masakan yang baru dalam hidup saya. Saya cuma mengenalinya selepas berkahwin. Semasa kecil, bila disebut kari atau gulai kalau di kampung saya hanyalah gulai ayam atau gulai daging. Saya tak pernah ingat sekali pun, bonda saya membuat kari ikan. 

Jadi tentunya agak memakan masa untuk saya memasak kari berbanding dengan kakak ipar saya yang mungkin sejak kecil dihidangkan dengan masakan kari. Boleh rujuk di SINI dan di SINI untuk Kari Ikan Stail Mamak.


Kari Ikan Terubuk

Kari Ikan Terubuk
Oleh: Azie Kitchen

4 keping ikan terubuk
2 sudu besar rempah kari Babas
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai daun kari
1/2 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Pes asam jawa secukupnya
Garam
Santan
1 biji terung dan 2 biji lada hijau

Panaskan minyak dan tumis halba campur dan bawang serta halia yang dimayang. Kemudian masukkan daun kari. 

Setelah bawang naik bau, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga rempah betul betul garing dan wangi.

Masukkan air asam jawa ke dalam rempah dan dimasak lagi sehingga hampir kering sebelum dimasukkan santan. Masak sehingga santan hampir mendidih, masukkan ikan.

Masukkan garam , sayuran yang disukai. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan,

Nota:
Kari ikan sedap jika terasa masam masam sedikit seperti kari yang dihidangkan di restoran mamak.

Kari Ikan Terubuk

Kari Ikan Terubuk



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Kari Ikan Terubuk"

  1. kari ikan mmg feveret saya kak, tambah kalo letak kacang bendi n tomato. perghhh sedappp sgttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasyaza, saya pun suka kari yang diletak kacang bendi tapi hari ni tak ada stok. Yang ada hanya sebiji terung jer. saya pun mula menyukai kari ikan wp dulu tak reti makan

      Padam
  2. salam sejahtera Azie,

    Kak baru je makan nasi berlauk asam pedas ikan terubuk.
    ikut cara bugis, masak beralaskan tebu, rebus slow ikan hingga 12 jam. Jgn kacau.
    lepas tu buat kuah. maskkan ikan.
    Cubalah, ikan tu boleh di makan dgn tulang2 sekali. ini makanan bugis utk raya bersama burasak. Baru pertama kali buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Ju, aduh meleleh air liur jadinya ni. Share lah mcm mana nak membuatnya. Nnt saya cari dalam blog mama ju ya

      Padam
  3. Assalamualaikum kak:)
    Lama tak berblog..Tak menyempat nak wish slmt ari raya kat akak sekeluarga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, betul tu,nrasa lama tak bertemu di alam maya ya. Selamat hari raya juga utk LP san famili

      Padam
  4. sedapnyer kak azie..waduhh! selamat hari raya maaf zahir batin wat akak sekeluarga ye!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ina, jom kita sama sama berkari. Cicah dg roti gardenia pun sedap

      Padam
  5. Salam Azie, sedikit petua untuk memasak ikan terubuk (tulang terlampau banyak). Kalau untuk menggoreng ikan terubuk (masin atau fresh) tu dibelah dan dijemur sehingga kering. Kalau digoreng tulang tu akan menjadi garing dan boleh dimakan sekali dengan tulang. Boleh diganti ayam penyet dengan terubuk penyet. Cubalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ini lah rahsianya. Baru semalam rakan fb bertanyakan cara cara untuk menggoreng ikan terubuk yang menurut beliau, boleh dimakan dg tulang tulangnya yang rapuh spt ikan sardine. Kalau dijemur sehingga kering, dah tak bertukar jadi ikan kering ke?

      Padam
    2. Cuma jadi ikan yang kering bukan ikan kering.

      Padam
    3. Ohh, harap ianya masih berlemak lah kerana saya suka isi ikan terubuk yang berlemak tu. Insya Allah, boleh cuba

      Padam