Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For"


Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For"

Haaa sesiapa pun kalau nampak apa yang ditulis sebagai To Die For Chocolate Cake, pasti akan teruja untuk mencuba kek Coklat versi kukus yang resepinya dikatakan sangat popular di kalangan blogger. 

Lagi pulak cara menyediakannya pun sangat mudah. Kek ini sangat moist, gebu dan pendek kata memenuhi kriteria yang saya cari dalam sekeping kek coklat yang dimakan. Tidak perlu dibuat frosting pun kerana kek ini memang sangat rich dengan rasa coklat.


Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For"

Kalau sebelum ini saya mempunyai a keeper recipe untuk Kek Coklat versi bakar, yang ini pula boleh dijadikan a keeper recipe untuk Kek Coklat versi kukus pula. 

Klik di SINI untuk melihat resepi the best moist ever chocolate cake yang saya biasa guna sebelum ini dan akan selalu digunakan di masa hadapan. 

Saya juga pernah menyediakan Kek Coklat Kukus di SINI sempena hari jadi saya dan mengikut komen yang diberi oleh kawan kawan sepejabat, ianya sangat sedap. Jadi kalau teringin nak membuat Kek Coklat samada versi bakar atau kukus, pilih sahaja mana mana resepi yang berkenan di hati ya sebab semua pun sedap sedap. 

Kek kukus ini disediakan oleh Juita dan Nana selepas makan malam. Bila terpandang resepi dari Chef Zubaidah ini, tiba tiba teringin nak makan kek coklat kerana tak sempat pun untuk makan kek yang disediakan semasa majlis makan makan di rumah kami hari Isnin lepas. Itu yang saya minta mereka membuat kek ini sebagai hidangan petang atau kudapan sahaja. Hahaha dapat juga menambahkan berat badan ya. Jom kita semak resepi dulu....



Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For"

Kek Coklat Kukus Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan dimasak:
1 tin susu  cair 
200 gm minyak sayuran 
250 gm susu pekat 
100 gm serbuk koko

4 biji telur
250 gm gula kaster 
150 gm tepung gandum 
1sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil baking powder

Campurkan kesemua bahan masak  dan masak dengan api perlahan sehingga licin.  Tak perlu sampai mengelegak. Angkat.

Pukul telur hingga kembang. Tuangkan adunan yang dimasak ke dalam telur. Satukan adunan tadi dengan mixer. Akhir sekali, masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sehingga sebati.

Masukkan ke dalam loyang yg di lapik dan diminyakkan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Minyakkan juga aluminium foil supaya tidak melekat di kek.

Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.



Untuk Chocolate Ganache
¾ cawan susu
 cawan butter
8 oz chocolate chips

Cairkan butter dan masukkan susu. Panaskan di atas dapur tapi jangan sampai mendidih. Tuang ke atas coklat chips dan tunggu sekejap sehingga chocolate chips cair, kemudian dikacau rata. Boleh disapu pada kek yang telah disejukkan. 


Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For"

Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For"


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

73 ulasan for "Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For""

  1. salam kak azie..mmg betui resipi kek cekelat ni mmg terbaekk..saya dh cuba tp sbb maleh nk kuarkan pengukus..saya wat cara bakar jer..hehe! tapi rasa menten mantopp!!

    BalasPadam
  2. salam k. azie..adunan yg d msk tu nk kna tnggu sejuk dulu ke baru blh d cmpur dgn telur n bhn kering lain? .....sy bdk br bljr

    BalasPadam
  3. salam k. azie..adunan yg d msk tu nk kna tnggu sejuk dulu ke baru blh d cmpur dgn telur n bhn kering lain? .....sy bdk br bljr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu tunggu sejuk pun

      Padam
    2. tq k azie...rcp sume best2...nnt nk cba....fyi sy ni rakan fb akak jgk... eza saleh

      Padam
  4. Salam sejahtera,

    Mama memang suka sgt buat kek guna kukus. lembut dan gebu! tkasih kerana resepi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm saya suka bakar sebab leceh bila dikukus, kena sentiasa lap lap penutup pengukus.

      Padam
  5. Salam Kak Zie, wow simple yet so good...mohon copy recipe nya ya...

    BalasPadam
  6. nampak sedap kek kukus tu akak pun nak try jugak lah mesti malatoppp

    BalasPadam
  7. K.Azie nk pitam nih...adoiiii sedapnya kek coklat nih..tolong anta 1 slice kt cheras ni bleh x? kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adda, I pun nak pitam gak selepas masuk sesuap, tarik nafas dulu

      Padam
  8. Salam Kak Azie, saya peminat baru ni. Baru jumpa blog akak. Wahh..banyak nyer resepi best. Kek ni saya dah buat and mmg sedap sungguh. Tapi versi bakar la. Tq for sharing..anak2 suka. puas hati...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Mmg resepi ini, boleh juga dibakar.

      Padam
    2. berapa suhu nya dan berapa lama bakar ye?

      Padam
    3. Utk resepi ini, saya kukus

      Padam
  9. Kak azie tq resipi mmg mantap dan sedap.

    BalasPadam
  10. kak azie..sye da lme nk try wt kek coklat yg versi lembap nye..yg rsepi akk ni memg siyez jd lembap ke wlau dikukus or bakar??huhu truja nk wt ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sahaja lembabnya. Lepas sehari, lagi lembab apabila butter mula menyerap

      Padam
    2. Kak Azie, guna butter ke?dalam resepi, tiada butter

      Padam
  11. Salam. Dah buat.... memang super moist

    BalasPadam
  12. Salam Kak, tepung tu sume nak kene ayak ker? saye xde yempat ayak tu. campor teros bLeh x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua tepung seeloknya di ayak supaya mudah diadun

      Padam
  13. salam akak.. Kalo nak bakar camne plak.. Bp lama nk kne bakar n bp 'C?! Bahan2 sme je kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna oven dalam 170-180C dan bakar selama 45-50 minit. Selepas 40 minit, check. kalau belum masak, tambah lagi. Macam tu lah sb ia bergantung pada oven. kalau saya, biasanya saya letak 170C jer

      Padam
    2. will try..thanx kak^^

      Padam
  14. memang kena pakai chocolate chip ker?ta bule pakai cooking chocolate?

    BalasPadam
  15. Salam..sy xde mixer blh ke anyak pakai yg manual punya..hehe..pas2 kalo kukus cmne nk keluarkan dr loyang? Maaf sy msh bru :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna manual. Kita masukkan dalam loyang dan loyang tu dimasukkan ke dalam pengukus. Bila masak, keluarkan loyang dan biarkan seketika. Lepas tu terbalikkan lah dan sejukkan atas redai. Ok tak?

      Padam
  16. salam, 8 oz coklat kira mcm mn ek ? susu plak pakai susu pekat ka susu cair....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk coklat ganache ke? Boleh guna susu cair atau fresh milk. Coklat itu ditimbanglah sebanyak 8 oz.

      Padam
  17. Dalam byk resepi ni resepi plg sedap tq azie.

    BalasPadam
  18. Salam azie..

    akak dah cuba resepi nie..versi bakar dan kukus..sangat2 sedap dan moist sgt2..cumanya akak ada kemusykilan..kenapa masa memasaknya terlalu lama..kalau 1 jam x masak2 lagi..kene kukus 1 jam 45min..bakar pun sama...resepi akak ikut dengan tertip...minta pendapat yer...terimakasih atas resepinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok keadaan periuk pengukus. Mungkin wap keluar hingga tak cukup panas.

      Padam
  19. Salam. Loyang kalau tak lapik boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tujuan lapik supaya tak melekat di loyang

      Padam
    2. Maaf, kek saya tenggelam. Agaknya kat mana saya silap?

      Padam
    3. Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.
      Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.

      Padam
    4. Sy kukus jd tenggelam. Sy bakar kena lebih 1 jam

      Padam
  20. Sy da check tekstur kek yg sy kukus tgh tak masak. Kena lebih 1 jam. Nt sy cuba lg. tapi rasa sgt sedap. Sis minyak pakai brand apa?

    BalasPadam
  21. Salam, saya amat suka dengan semua resipi akk!thanx for sharing

    BalasPadam
  22. Salam kak zie..smlm sy try buat 2 2 version...n the result mmg the best lah..
    Belum pernah rasa coklat kek yg penuh rasa coklat...lgpun sy tambah milk coklat. So lagi richlah rasanya

    BalasPadam
  23. Salam kak zie.. kek ni leh simpan brape lame kalodi freeze or kt luar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau freeze, boleh simpan berbulan. Tapi kalau di luar beberapa hari jer, sebab kek nya lembab, nanti akan cepat berkulat dalam cuaca panas di negara kita.

      Padam
  24. askum azie...

    saya mmg bnyk klai la jugak buat kek coklat kukus ni... tp resepi saya simple jerk... alhamdulillah dpt respond positif dari yg makan... but saya sendiri x puas hati dgn ganache nyer.... sbb biasanya yg saya buat, topping dia jadi cair dan x lemak... klau curah atas kek dia akan menurun dan akhirnya lebih banyak atas pinggan dari atas kek...
    bahan yang saya gunakan tuk topping klau x silap saya ,
    300g cooking chocolate
    75g whipp cream
    50g gula castor
    sume bahan saya double boiled la kan..

    but hasilnya jadi x lemak dan cair... macam saya kata tadi... say suka makn topping yg x manis sgt tp lemak sbb kek dh manis.... dan klau blh biarlah x cair sgt... melekat kat ats kek bukan meleleh ke pinggan.. nk mntk pendapat azie kalau sy nk pakai cooking chocolate mcm mn saya nak hasilkan topping yg lemak dan x cair sgt.... atau sesapa yg sudi bg pertolongan pd saya...

    BalasPadam
  25. salam kak azie. sy peminat resipi kak azie yg sgt malatopz.....sebelum ni saya buat cupcake pisang ikot resepi kak azie. satu hari 4 biji anak saya makan. 2 hari dah abis. terpaksa buat lagi. cuti deepavali nnt nak buat coklat kek resepi kak azie pulak. pasti lagi malatopzzzz....

    BalasPadam
  26. assalammualaikum kak azie. nak tanye kak azie pakai coco powder jenama apa? nmpk cantik colour moiste cake ni.

    BalasPadam
  27. ou ye. satu lagi.. nak pukul telur tu tahap kembang macamna eh? tahap berbuih ke (mcm nak pukul telur dadar)? atau sampai color telur tu kuning pudar?

    BalasPadam
  28. Kak azie mmg jd and padat sgat kek...sy guna resepi ni sbgai the best resepi from sifuuu...

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum kak azie. Kalau sukatan 100g tu guna cawan, berapa cawan eh ? Please jawab kak. 😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Maaf Natasha saya tk dpt menjawabnya. Sebab saya tak sukat guna cawan. Mungkin Natasha boleh buat sendiri. Timbang dan sukat guna cawan utk tahu sukatannya

      Padam
  30. Assalamualaikum...mohon ambil Dan Cuba resepi ni ye..tqvm :-)

    BalasPadam
  31. Sedap resepi ni.. dan mudah.. terima kasih diatas perkongsian resepi

    BalasPadam
  32. Untk susu buqt coklat ganace nie susu ap ye..pekat or cair or susu segar??mcm mna ye

    BalasPadam
  33. Assalammualaiku.. akak guna coco powder apa ya.. harap akak dpt jelaskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Apa apa brand pun boleh. Saya biasa guna Van Houten

      Padam
  34. Assalam...kak.azie...bleh guna mnyak maizena?

    Bleh kukus lebih dr sejam jgk ke

    BalasPadam
  35. Assalam kak Azie, resepi ni tak guna butter kan?

    BalasPadam
  36. Salam. Bunga kecik kecik hiasan tu comel 😍 mcm mana buat?

    BalasPadam
  37. Assalam Puan, saya nak bertanya kalau cocoa powder yang da expired masih boleh lagi ke digunakan untuk buat kek? kerana nampak elok lagi cocoa nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kalau baru jer expire, boleh jer guna kalau warna dan bau tidak berubah.

      Padam
  38. Assalam. Kalau takde minyak sayuran, guna minyak masak je tak pe ke?

    BalasPadam
  39. Nak try Resepi ni tuko pada bakar la, jimat gas Dan X perlu jenguk ISI air. Hope menjadi, inshaAllah

    BalasPadam