Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Ogo 2012

Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang Dan Karot





Saya hanya meminta hubby membeli ayam untuk dibuat Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio di SINI tapi bila dibelek belek, tengok ada juga dibeli sotong. Oleh kerana sotong adalah kegemaran Aween, saya pun terus menggoreng tapi difikir kalau goreng kosong tentu budak budak jer yang makan tapi kalau dimasukkan sedikit sayuran, saya pun boleh menumpang sekali. Maka itu, jadinya Sotong Goreng dengan Kacang Panjang dan Karot.

Saya goreng cara bodo bodo jer, tapi jom lah kita tulis juga resepinya untuk anak anak yang baru nak belajar memasak kemudian hari.



Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang dan Karot

Bahan bahan:
Sotong - hiris kecil
3 ulas bawang putih - hiris
Halia - hiris
Kacang panjang
Karot
Cili merah
Garam
Serbuk kunyit
Sos Tiram

Lumur sotong dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Selepas kekuningan, masukkan karot diikuti dengan kacang panjang.

Agak agak karot dah lembut, masukkan sotong dan akhir sekali masukkan cili merah, sos tiram dan garam, jika belum cukup garamnya.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.