Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Sagu Pandan


Kuih Sagu Pandan


Saya tidak langsung plan untuk membuat kuih ini tetapi hanya ingin membuat kuih Onde Onde Labu di SINI. Tetapi kelapa parut mesti dibeli 1 biji juga. Kalau tak dibuat apa apa, pasti akan terbuang begitu sahaja, alaa macam selalu selalu lah. Lebih lebih lagi di bulan puasa, apabila masa untuk ke dapur amat terhad. 

Jadi saya pun terus lah mengeluarkan bahan bahan untuk dibuat sagu. Dah banyak kali juga saya buat kuih ini kerana ianya kesukaan anak saya, Nelly. Boleh klik di SINI dan di SINI kalau nak tengok kuih sagu yang dulu dulu.

Kuih Sagu Pandan

Tapi tak sempat disejukkan saya dah keluarkan untuk diposing sebab hari dah menjelang malam. Kalau tak hari ini, petang esok pula baru dapat ambil gambar. Ini pun baru nak belajar teknik teknik mengambil gambar yang utamanya mesti mempunyai cahaya semulajadi yang cukup untuk menghasilkan gambar yang cantik. 

Props? hahaha props tu penting untuk mencantikkan gambar tapi saya sebenarnya tak ada benda benda tu semua. Baru nak mula membuat koleksi tapi masa untuk menjengah jengah shopping mall pulak tak ada.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh mulia dan barakah ini, saya ingin menyelitkan sedikit tentang tazkirah yang saya pelajari malam tadi. Disebutkan bahawa Nabi Muhamad SAW bersabda celaka lah 3 kategori manusia seperti berikut yang:
  • bila mendengar nama Nabi Muhamad SAW tapi tak menyebut SAW. Sesiapa berselawat 1 kali ke atas Nabi, Allah akan berselawat 10 kali ke atas kita;
  • masih mempunyai kedua ibu bapa tapi berkata kata dengan kasar sehingga menyinggung hati mereka
  • berada di bulan Ramadhan tapi tidak diampunkan dosanya oleh Allah Taala.

Disebutkan juga bahawa semua umat Nabi Muhamad SAW akan masuk syurga kecuali mereka yang tidak mahu masuk syurga. Ada ke yang tak nak masuk syurga? Siapa mereka? Mereka ialah orang derhaka dan tak taat kepada apa yang diajar oleh baginda. 

Siapa yang nak masuk syurga kena taat dengan semua yang Nabi ajar. Apa sahaja dari segala segi. Tapi tang kawin tu, Nabi bersabda jika tidak dapat berlaku adil, cukuplah dengan hanya mempunyai 1 isteri.  Semoga dengan perkongsian ringkas ini menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Lagi pulak, kita tak tahu samada kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. 

Jom rebut peluang untuk membuat sebanyak amal di bulan Ramadhan ni untuk menambah pahala yang berganda ganda yang dijanjikan Allah Taala. Jika tidak di bulan Ramadhan, bila lagi?

Kuih Sagu Pandan

Kuih Sagu Pandan
1 cawan sagu
3 cawan air
¾ cawan gula
½ biji kelapa parut - putih sahaja & gaul dg secubit garam
Pewarna hijau
Pandan paste

Cara cara:
Panaskan air dan masukkan sedikit pewarna sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga agak pekat.

Masukkan sedikit pandan paste. Kacau rata dan angkat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan kukus selama 20-25 minit.

Sejukkan dan bolehlah digaul dengan kelapa parut yang dimasukkan dengan sedikit garam.

Kuih Sagu Pandan

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Kuih Sagu Pandan"

  1. kuih kegemaran yatie ni, nyaman je lalu kat tekak bila berbuka puasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yatie, kuih ni kegemaran my doter. Belajar sb tgk dia suka makan. Kalau dpt kelapa parut muda, sedap bila rasa masin masin sikit

      Padam
  2. Salam Kak Azie..yana xpnh mkn kuih sagu pandan ni..mst sedap..yana suka kuih berperisa pandan cani..bleh cuba lah nnt ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yana, biasanya kami buat perisa sirap ros jer tapi teringin nak cuba perisa pandan. Saya pun suka kuih muih berasaskan pandan. Wangi jer?

      Padam