Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bingka Suji




Bingka Suji Azie Kitchen


Saya tercari cari resepi bagi menghabiskan  baki tepung suji dan bila lihat tepung suji yang diperlukan dalam resepi ini adalah ngam ngam dengan suji yang saya ada, saya terus menyalin resepi. Lebih lebih lagi bila Along dari Home Kreation menulis sebagai resepi yang sangat bagus menghasilkan kuih yang sedap, lembut dan wangi.

Saya pun mulakan projek ini awal pagi supaya ianya betul betul sejuk sebelum dipotong petang nanti. Sebelum kita melihat resepi, izinkan saya berkongsi sedikit inti pati dari kuliah subuh pagi tadi di Surau Seksyen 9, Kota Damansara. 

Yang antara lain disebutkan bahawa hanya orang yang beriman dan ikhlas sahaja yang concern pasal malam Lailatul Qadar yang disebutkan kehadirannya pada malam 10 malam terakhir dan lebih spesifik lagi ialah pada malam ganjil. Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang mana di dalamnya di turunkan Al Quran sebagai petunjuk, penjelasan dan pembezaan antara hak dan batil. Malahan lain lain kitab juga seperti Injil. Taurat dan kitab Senawi juga diturunkan dalam bulan Ramadhan. 


Bingka Suji Azie Kitchen

Di bulan Ramadhan juga lah, malaikat Jibril turun dan berjumpa Nabi Muhamad SAW setiap malam untuk mengajar Al Quran demi kesempurnaan. Jadi Ramadhan dan Al Quran tidak boleh dipisahkan. Kita kena perbanyakkan, memantapkan pembacaan Al Quran lebih lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Nabi Muhamad SAW hanya bertemu dengan Ramadhan sebanyak 9 kali sahaja bermula tahun ke2 hijrah sehingga baginda wafat pada tahun ke 10 hijrah. Semasa di Mekah tiada puasa, terawih, zakat dan hari raya Aidil Fitri. 

Bagaimana pula dengan kita? Dengan umur kita sekarang, berapa kali sudah kita bertemu Ramadhan? Bila banyak kali bertemu Ramadhan, sepatutnya bacaan Quran kita sudah mantap. Kita dinasihatkan supaya bermesra dengan Al Quran jika ingin dimuliakan Allah. Berjihadlah dengan Al Quran. Sesungguhnya Al Quran dan puasa akan memberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak. Quran akan berkata kerana membacanya, kita tidak tidur di waktu malam. Manakala puasa pula berkata, kerana puasalah hamba ini tidak makan dan tidak minum di siang hari. Semoga sedikit perkongsian ilmu ini memberi pengajaran pada kita semua terutama diri saya sendiri dalam memperbaiki diri....


Bingka Suji Azie Kitchen

Bingka Suji
Cuba oleh: Azie Kitchen
Saiz 8" bulat

Bahan bahan:
3 biji Telur 
110 gram Gula Pasir
160 gram Suji
250 ml Santan Pekat
1 sk Pandan paste
1/4 sk Garam
435 ml Air
90 gram Butter
30 gram Tepung Gandum


Cara cara:
Pukul telur dan gula sehingga gula hancur. Masukkan ke dlm periuk dan campurkan suji, santan, pandan paste, garam dan air.

Masak dgn api sederhana sehingga pekat seperti bubur. Tutup api dan campurkan  butter dan tepung sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam acuan yg disapu minyak dan tabur sedikit bijan di atasnya.



Bakar 190C selama 1 jam. Gunakan function "grill" utk 5 minit terakhir untuk extra garing. Sejukkan sebelum di potong. 


Bingka Suji Azie Kitchen


Nota:
Saya membakar dalam 90 minit dengan 10 minit terakhir menggunakan api atas sahaja.

Bingka Suji Azie Kitchen


Bingka Suji Azie Kitchen

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Bingka Suji"

  1. asslm Kak Azie...cuti ker hrni...sedapnyebtgk kuih bingka tu...tang kerak yg xtahan tgk...hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm QH, hari ni kerja. Wilayah tak cuti hari Nuzul Quran. Tang kerak tu yang sedap, kan?

      Padam
  2. Salam kak Azie...

    kadang2 memang terfikir adakah ini Ramadan yang terakhir kita..
    bertemu lagi kah kita pada Ramadan akan datang..
    Insyallah Ramadan ni pulun bnyak2 ibadah yang allah janjikan ganjaran yang hebat..

    Kak Azi, nak sepotong boleh he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balqis, datang rumah nnt kita bagi sedulang. Betul dah lama kita menemui Ramadhan tapi tidak pernah kita mengejar utk mengumpul sebanyaknya amal. Sangat menginsafkan bila teringat kelalaian kita di masa lalu

      Padam
  3. Suka makan yang garing tu.... sedap!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, kita pun suka yang garing. Puas menunggu nak bagi garing

      Padam
  4. Azie, that looks so delicious. I love all these bingka-bingka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, I also love kuih bingka. It is so easy to make, anyway

      Padam