Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

22 Aug 2012

Beraya di Ipoh




Pagi hari raya kedua kami bertolak dari Bachok menuju ke kampung suami di Parit. Jalan yang sesak dengan kenderaan yang banyak di jalanraya menjadikan masa perjalanan yang sangat panjang. Kepenatan semasa perjalanan dari Kota Damansara ke Kelantan pun belum hilang, ditambah lagi dengan perjalanan balik. Ikutkan hati mahu berurut semasa di kampung tapi percutian singkat tidak memungkinkan segalanya. Itu pun petang hari raya pertama saya tertidur lagi. Saya memang perlukan rehat kerana memang tidak cukup tidur sejak kebelakangan ini. 

Berbalik pada persinggahan di kampung suami, tiada sesiapa di rumah sewaktu kami sampai dan tinggal lah kami sekeluarga sehingga lewat malam. Saya pun sudah tertidur kepenatan sebelum bangun seketika dan menyambung tidur lagi. Aduhaai tidur memanjang jer. Memang agak susah untuk diceritakan apa sebenar yang saya rasa tapi yang penting, saya tahu suami sangat mengerti  dan memahami keadaan saya. Hanya dia yang mengetahui mengapa saya perlukan rehat dan tidur.

Pagi pagi hari raya ketiga, kami keluar bersekali dengan menghantar Nelly yang ingin beraya bersama kawannya ke Sitiawan. Kami pulak terus menuju ke rumah abang ipar, bapak saudara dan juga saudara mara sebelah suami di Ipoh sebelum berkunjung ke rumah Ita, cousin kami di Ipoh yang memang kamceng dari dulu. Memang lama tak bersua dengan Ita dek kesibukan masing masing. Biasanya waktu bercuti raya lah kami berpeluang berjumpa dan keluar makan. 

Selepas berkunjung ke rumah Ita dan bersembang sembang seketika, kami keluar ke Ipoh City & Country Club untuk makan makan. Kebetulan Nim dan anak anak pun ada bersama menjadikan sessi makan menjadi lebih meriah. Teringat sewaktu baru baru berkahwin hubungan dengan cousin cousin sebelah suami sangat rapat. Malahan suami dan saya sendiri sangat rapat dengan arwah emak saudara yang juga emak mertua Ita. 



Jadi bila berpeluang bertemu walaupun sekejap, sempat juga mengimbau kenangan masa muda muda dulu. Paling tidak boleh saya lupakan ialah semasa lawatan ke Singapura semasa perkahwinan Nim dulu.  Kami berposing ala ala panca sitara di tepi Tambak Johor dengan spec hitam masing masing. Alahaai bila melihatkan anak anak yang dah besar panjang, terasa lah pulak umur yang kian meningkat.




Setiap kali berkunjung ke Ipoh samada bercuti atau atas urusan rasmi, memang kami mati akal kalau nak mencari tempat makan. Last last nya kami akan makan di KFC atau di Mc D sahaja. Jadi kali ini, saya ingin merakamkan kenangan JJCM di sini yang pada saya sangat istimewa kerana pertama Ita dan suami sudi meluangkan masa beliau yang sibuk sangat sangat tu untuk bersama kami. Keduanya peluang makan makan bersama sama cousin yang rasanya sudah lama tidak terjadi. 

Malam itu, kami memesan kue teow goreng dan nasi goreng ala Thai yang sangat sedap. Apalagi dimakan sambil sambil berborak dan melayan mata melihat ramai old Chinese couples yang menari salsa.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.