Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

26 Ogo 2012

Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap





Hari jumaat lepas, saya memasak Ikan Bawal Emas Masak Kicap Pedas di SINI. Di situ rakan blogger saya di Engineers Love Cooking beri komen yang jika diletak susu pekat dan sedikit lada hitam menjadi Ayam Masak Black Rose. Pagi semalam semasa ke masjid, tanya hubby apa nak masak ayam tapi dia hanya mendiamkan diri bila saya menyebut Kari Ayam atau Ayam Masak Merah. Oleh kerana tak tahu apa yang dimasak dengan ayam yang hubby beli di Pasar TTDI, saya pun terfikir untuk mencuba apa yang disarankan. Hmmm boleh tahan juga sedapnya. 

Kalau semasa memasak ikan, saya meletakkan sedikit gula tapi hari ini digantikan dengan susu pekat manis. Satu kuali besar yang dibuat, laju jer hubby dengan anak anak makan. Aween makan menambah nambah dan makan berulang ulang kali. Saya rasa sungguh seronok bila mereka suka apa yang saya masak. Kebetulan saya mengupas ubi kentang untuk dibuat begedil, jadi sebiji saya hiris nipis, goreng dan masukkan sekali ke dalamnya. Sedaaap ni, tak tipu nyeer. Kalau tak caya, cuba buat sendiri dan rasa sendiri. hahaha boleh gitu pulak ya...




Di samping Ayam Masak Kicap Pedas ni, saya juga membuat Masak Lemak Putih Terung dan Begedil Ayam di SINI untuk hidangan tengahari kami di hujung minggu.  

Jom kita tengok resepi dulu...




Ayam Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.




Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.





Selamat mencuba....




50 ulasan:

  1. wow nie pebret D5 nie..Nampak sedap sgt masak kicap Azie nie :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, musim raya ni memang sedap lauk lauk macam ni sebab kalau asyik berlemak pun dah tak berselera juga, maklumlah perut kita masih dalam mood puasa,

      Padam
  2. Salam sejahtera Azie

    terimakasih Azie. Ni nak pi dapur nak buat sbgmana saranan, macam sedap je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Ju, buat jangan tak buat. Masih dalam suasana raya ni, jadi lauk begini sangat sedap. Kalau ikut bro Engineers Love Cooking, namanya Ayam Black Rose

      Padam
  3. susu pekat tu nak letak byk mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya berfungsi utk mengganti gula. Tapi berlemak. Jadi masuklah sedikit dulu dan rasalah manisnya

      Padam
    2. Kalo pakai susu cair boleh x puan

      Padam
  4. susu pekat tu yg mcm mna ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susu pekat manis biasa yg org guna utk buat teh tarik tu

      Padam
  5. dh cuba dh n mmg sedap.... tengs azie share resepi 2...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Kami sgt suka resepi ini. Harap you juga menggemarinya

      Padam
  6. kalau x nak taruk susu pekat tu pon boleh kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Ganti dg sedikit gula

      Padam
  7. Boleh azie share resepi Ayam Masak Merah Pedas..

    BalasPadam
  8. boleh try ni, lain cket resipinye sbb letak susu pekat ... heee tQ share resipi

    BalasPadam
  9. lapa pulak mlm2 ni tgok blog akak..best3 masakan akak...sedapnyeee....... ;)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak... wish me luck ye.. Nk masak ni...
    (*¯︶¯*) nanti da post kat blog saya bg link ye.. tunggu resultnya..

    BalasPadam
  11. salam.. akk nk tnye bahan sos tu nk bubuh banyak mne ye? lada hitam pun bnyak mne ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Bubuh agak agak dan kemudian rasa lah. Kalau belum cukup pedas tambah lagi lada hitam.

      Padam
  12. kak, ayu share kat blog. somi ayu masak ritu. hihi

    BalasPadam
  13. Susu manis nk letak bape byk??

    BalasPadam
  14. Kak Azie, thank u sgt2 sbb share resipi ni.. Hasben & anak2 really enjoy :)

    BalasPadam
  15. Sy dh try..memg terbaekkj..tq kak

    BalasPadam
  16. Sy dh cube mmg sedap..ank2 sy suke sgt..thank kak bg resepi...

    BalasPadam
  17. Mmg sedap...dah try...mcm ala2 org jawa masak kicap dgn nasi ambeng....:)

    BalasPadam
  18. Salam Pn Azie...minta maaf tanya, bahan kisar tu apa bahannya ye...

    BalasPadam
  19. Suda try masak hri ni utk mknn tghri. Husband suka siap menambah nasi lagi. Next time dia mau lagi. Memang sedappp!

    BalasPadam
  20. Salam pn azie, ni confirm ke kena letak susu pekat manis?untuk apa yea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Fungsi susu pekat adalah utk memberi rasa manis spt gula. Cuma bila menggunakan susu pekat, akan lebih memberi rasa lemak juga

      Padam
  21. Kicap pekat kalau takde nak ganti dgan apa ya puan?

    BalasPadam
  22. Terima kasih kak Azie, resepi sudah di cuba. Puas hati, :-)

    BalasPadam
  23. Salam..klo xguna halia blh x..
    terima kasih..

    BalasPadam
  24. Tq.arini pening takde idea dh nk masak. Pastu jumpa blog nie 😊

    BalasPadam
  25. Terima kasih resepinya.. mmg sedap sgt.. nak try masak berkali2, membuka selera btul lauk ni..

    BalasPadam
  26. Tq for the resipi.. Selalu follow resipi blog akak ni...

    Nak tanya, kalau kicap pekat takda nak ganti dengan apa ya?

    BalasPadam
  27. Terima kasih kpd admin. Selama 6 tahun saya berada di Egypt, sume resepi saya google, datang dari blog ni. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar Medic ke. Anak saya dulu belajar di Alex Uni.

      Padam
  28. Kak Azie, kalau nak bagi berkuah sikit nak kena letak air asam @ air biasa je?

    BalasPadam
  29. Oyeayy..biasa letak nisang(gula melaka) or gula terus kalau nk manis,x prnah lagi letak susu pekat..wajib try ni..resepi puan azie x pernah mengecewakan..thanks

    BalasPadam
  30. Nak tanya berapa sudu setiap sos?

    BalasPadam
  31. Sy buat berkuah...bila tgk gambar, mcm x jadi. Xtau nk agak sos, kicap & air byk mana. Hahaha!... tpi tgk semua org mkn. Kira jadi ler tu...

    BalasPadam
  32. terima kasih resepi..boleh cuba ..jemput singgah blog saya ea: dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.