Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

23 Jul 2012

Scramble Egg Untuk Sarapan Sihat





Saya belajar cara cara untuk membuat fluffy scramble egg dengan melihat video video yang terdapat di dalam internet. Memang nampak mudah tapi perlukan praktis juga untuk menghasilkan scramble egg yang gebu. Mungkin yang saya hasilkan kali ini juga tidak segebu sebelumnya kerana saya ingin menyiapkan dengan cepat.

Ada yang menggunakan susu di dalamnya tetapi jika menggunakan susu, scramble eggs kita akan menjadi sedikit berair. Jadi saya lebih suka menggunakan air. Scramble eggs saya kali ini berwarna sedikit keperangan kerana saya menggunakan sedikit serbuk cinnamon. Makanan seperti ini sesuai untuk sarapan pagi bagi mereka yang ingin berdiet. Saya dulu mempunyai persepsi yang salah berkenaan dengan telur. Telur sangat bagus untuk diet untuk meningkatkan metabolisme terutama hard boiled egg.

Di sini juga, saya ingin kongsikan cara menyediakan hard boiled egg yang sedap. Nampak mudah jer tapi kalau tak kena cara, telur kita menjadi tak sedap dan kurang berkhasiat. Ini adalah cara cara yang saya belajar dari video bagi menghasilkan hard boiled egg yang sedap dan berkhasiat. Caranya ialah dengan memasukkan telur ke dalam periuk dengan air setinggi 1 inci dari telur. Masukkan sedikit garam. Panaskan periuk sehingga air hampir mendidih. Apabila hampir mendidih sahaja, terus perlahankan api sehingga air menjadi simmer sahaja dalam 3-5 minit ikut yang disukai. Keluarkan dari periuk dan letak di bawah air paip mengalir. Haaa sedap tu, boleh disediakan awal dan diletakkan dalam peti ais. Sebelum dimakan, rendamkan sekejap dalam air suam. 

Selain untuk sarapan, scramble egg ini bagus untuk bersahur juga. Bila disebut pasal bersahur, tazkirah tengahari tadi menyebut sahur adalah ibadat khusus di  bulan Ramadan yang perlu dibuat sebelum masuk waktu Subuh. Bukan makan pukul 12 tengah malam atau pukul 1 pagi. Itu bukan sahur dan tak dapat pahala. Lagipun sahur itu sunnah Rasulullah. Daripada Amru bin al-Aas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan Sahur." (HR Muslim). Jadi bangun lah bersahur, hatta dengan meminum seteguk air atau sebiji buah kurma. Kalau boleh diikuti dengan solat Tahajud. Kalau bukan di bulan Ramadan, bila lagi???

Jom kita tengok cara menyediakan scramble egg seperti berikut:



Scramble Egg

1 biji telur
1 sudu besar air bagi setiap biji telur
Secubit garam
Olive oil

Telur disatukan dengan air dan garam dan dikocok dengan garpu sehingga kembang. Panaskan kuali dan masukkan olive oil.

Tuangkan telur tadi dan apabila hampir mengeras, tolak telur dari tepi ke tengah dari semua penjuru. Buat begitu sehingga hampir mengeras dan segera tutup api untuk mengelakkannya menjadi terlalu kering.






Bolehlah angkat dan dimakan dengan roti. 

   

8 ulasan:

  1. asslm Kak Azie...klau QH buat utk bsahur menu gini...mmg sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, yg I buat tu tak gebu sebab tak dipukul dengan garpu lama lama. Memang gebu kalu ikut caranya. Hari tu tak sihat, masuk dapur pun sebab nak kena makan ubat

      Padam
  2. nak buat bersahur esok la =) simple.

    BalasPadam
    Balasan
    1. CW, pukul telur lama sikit dan tolak dari tepi ke tengah dan jangan terlebih masak nanti jadi terlalu kering. Masa I diet dulu, selalulah buat scramble egg.

      Padam
  3. Nice and simple. I love eggs in whatever way cooked. Peminat telur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, cara kita menyediakan masakan menentukan khasiat nya dikekalkan. I watched video on how to prepare a fluffy scramble eggs and hard boiled egg.

      Padam
  4. Simplenya cara sarapan mcm ni... kalau tak sempat sgt sesuai breakfast scramble egg yang azie bg nie..
    Sarapan penting kan... Bak kata orang putih... Breakfast like a King... Lunch like a prince, dine like a pauper... Singgah blog saya jom http://richvitamin2u.blogspot.com/
    Terima kasih atas kunjungan... -lienda-

    BalasPadam
  5. Will try .. penat diet atkins asyik mkn telur dadar. tq for this super mudah resepi. the only resepi yg x guna susu. #farah

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.