Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

2 Jul 2012

Resepi II: Kuih Bakar Pandan





Saya ambil resepi ini dari blog Life Is Sweet selepas membaca apa yang ditulis berkenaan kuih bakar yang dibuat menggunakan resepi ini yang diambil dari blog Yatie. Saya pun jadi turut excited dengan keenakan kuih di rumah Syifa. Jadi saya pun buat juga lah Kuih Bakar Pandan untuk hidangan Farhan dan As. Lagipun kalau tak habis, saya boleh bawa ke pejabat. Tak ada lah pembaziran  kan.

Dulu saya pernah membuat kuih ini yang bahannya sama kecuali tidak menggunakan mentega. Klik di SINI untuk melihat resepi sebelum ini. Masa sembang dengan Farhan baru teringat yang kuih ini semasa di kampung, dipangil kuih Bekang yang mungkin berasal dari perkataan Bingka lah. Bila diterjemah dalam bahasa Klate, jadilah Kuih Bekang Panden gituu. Glamer tak? Hahaha orang Klate memang hebat, kalu buku kita panggil bok dari perkataan book. Kelantan negeri kelahiran yang sangat disayangi.

Jom kita layan resepi dulu..



Kuih Bakar Pandan

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan 450 ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.

Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.

Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir)



20 comments:

  1. Replies
    1. Wslm bro. Yes it is delicious. And yet so simple

      Delete
  2. As salam..selamat pagi kak....
    waaa....akak dah buat....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu tergoda tengok syifa punya kuih bakar pandan

      Delete
  3. D5 suker kuih nie, kalau beli asyik dpt yg keras je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, resepi ni just nice jer, lembut, kemanisannya. Cuba lah

      Delete
  4. kunjungan gan .,.
    saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
    dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, exactly. Thank you for visiting

      Delete
  5. Replies
    1. Yes, so simple and yet so delicious

      Delete
  6. Salam Azie, sori dh buat. kuih ni 2 kali using ur resepi, buat utk pegi picnic hari ni... Famili ckp sedap... Lagi kongsi resepi ni dgn makcu... Terima kasih ye kongsi resepi di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tahniah, Ana. Semoga lebih sedap di percubaan akan datang

      Delete
  7. Salam akak. Nk tnye akak guna loyang brape inchi? - amal

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya saya guna loyang 8 inci

      Delete
  8. Salam kak..kl gune microwave jadi tak??hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti sebb tak pernah buat.

      Delete
  9. nak tanya .. kalu x bubuh mentega, apa akan jadi ye .. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer klau tak letak tp rasanya kuranglah lemak. Saya ada 3 resepi kuih bakar pandan, cuba tengok yg lain. Ada yg tak guna majerin pun

      Delete
  10. dah boleh save resepi ni..menjadi..terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  11. slm kak azie suke sgt intai blog kak azie nie..mcm2 ada.sume sdap belaka..tq sbb sudi brkongsi..n harap halalkn pe yg sya da cbe msak gne resepi akk ye..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.