Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

13 Jul 2012

Nasi Lemak Dengan Sambal Kerang





Hari ini saya ada tugasan luar lagi. Sebaik sampai dirumah, saya tidak punya pilihan tetapi kena juga memasak walaupun sangat kepenatan. Ini adalah kerana hubby ke outstation. Bila terlihat jer, ada kerang di dalam bekas di dapur basah, saya terus menanya Pak Cik Google, resepi resepi untuk kerang bagi memberikan satu idea pada saya. Bila terpandang Masak Sambal Kerang, saya pun terus menyiapkan bahan bahan untuk membuatnya. 



Bila dah ada Sambal Kerang, mula lah datang idea untuk membuat nasi lemak. Sebenarnya tadi semasa mencari makan tengahari kawasan Kelana Jaya, saya masuk ke Restoran Nasi Lemak Cik gu, tapi bila melihatkan baki lauk lauk yang seolah lauk nasi lemak pagi yang hampir kehabisan, kami masuk ke Restoran Ikan Bakar. Seperti yang biasa saya katakan bahawa saya memang agak cerewet pasal makan. Jadi pada saya, ikan bakar yang ala ala goreng itu, memang tak sedap langsung. Pendek kata, saya tak akan lagi makan di restoran tersebut.

Kiranya nasi lemak malam ni untuk menggantikan nasi lemak yang saya tak jadi makan tadi. Malam ini, saya hanya menanak nasi lemak kerana mahu cepat. Selain Sambal Kerang, saya juga membuat telur goreng mata, ikan bilis goreng dan Ayam Goreng garam kunyit. Cuma ketiadaan timun menjadikan nasi lemak saya seperti tidak lengkap. Tapi Alhamdulillah atas rezekiNya yang sedap ini. Saya cuma makan sedikit sahaja...



Masak Sambal Kerang

Kerang - rebus dan kopek ambil isi
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Asam jawa
Garam
Gula
1/2 biji Bawang besar - hiris

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing.  Masukkan gula dan kacau supaya sambal berkilat dan berwarna merah cantik.

Masukkan air asam jawa dan garam. Masukkan bawang besar hiris. Akhir sekali, masukkan isi kerang. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

Angkat dan dihidangkan dengan nasi lemak.




Nasi Lemak

3 cawan beras - basuh dan tos
1 kotak santan 
Air secukupnya
Secubit garam
2 helai daun pandan
2 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris

Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa. Apabila masak, gaul rata hingga kepala santan bergaul rata.

Bolehlah dihidangkan dengan lauk pauk yang disukai.



18 comments:

  1. Sedapnya Azie,mmg kena betul sambal kerang makan dgn nasi lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Norzie. Kalau kerang direbus sendiri, lagi fresh dan rasanya lebih sedap...

      Delete
  2. Kempunan la pulak sambal kerang ni...kat sini @ColchesterUK rasanya susah nak dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DuRa, kat sana tak da ya. Nampknya kena lah selalu bercuti ke sini

      Delete
  3. Salam, selalu nasi lemak saya masukkan serai bersama. Saya dah cuba nasi lemak tumis (tumis guna minyak zaiton), rasa lain sikit. Boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ini boleh juga dicuba, mesti harum

      Delete
    2. tapi serai tu dalam nasi ke dalam sambal?dan tumis sambal ke nasi tu yang di tumis..maaf la..tanya je sbb sy tak tahu

      Delete
  4. Salam sis. sedapnya nasi lemak sambal kerang...favorit sy sambal kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, mmg sedapkan gandingan ini. Tapi jkalau makan kat luar, kurang sikit sebab kerang tu dah kecut habis sb overcooked.

      Delete
  5. Ya Ampunnn.. terlior sungguh laa Azie nengok sambal kerang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shiela, mmg nak ikut cara Shiela ambik gambar wp masih menggunakan teknik shoot and snap. Tgh dok baca tutorial food photography terutama berkenaan natural lighting. Semalam gi cari foam board, tak jumpa, jd beli kertas mahjung putih dulu

      Delete
  6. lapar lah pepagi ni tengok nasi lemak Azie belum bekfes ni apa lagi ada sambal kerang waduhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, skrg dah tunggang terbalik. Malam nasi lemak, pagi nasi putih. Suka suka hati jer.

      Delete
  7. nampak sedap..sambal apa2 pun sedap klu lawan dengan nasi lemak..kecurr:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Zila. Betul tu, sambal apa pun sedap diganding dg nasi lemak. Sambal tu buat basah basah sikit, manis sikit, hmm sedap. Sebenarnya pagi ni pun rasa nak makan nasi lemak lagi. Tapi tak boleh layan sangat sebab lagi naik badan. Saya tak tahu kenapa nasi lemak yg dijual dikedai tak sedap, tak lemak. Walhal masak nasi lemak ni sangat mudah. Kalau dijual sedap, pasti orang akan datang lagi...

      Delete
  8. Assalamualaikum kak =)
    Memang suka sangat nasi lemak,tapi takleh nak makan selalu.Nanti berlemak lemak la jugak badan ni kan.Memang sedap dimakan dengan sambal kerang. Fuhh makan nasi panas-panas pulak.Memang menyelerakan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, ada baki sambal kerang. Hari ni saya tambah pulak ayam gulai limau purut yg pekat pekat utk hidangan brunch. Kombinasi keduanya memang serasi lah

      Delete
  9. Selalu ambk resepi akk azie utk cuba. Mmg sedap ��

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.