Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok Ikan Bilis Air Panas


Cekodok Ikan Bilis Air Panas

As salam semua. Hari ini adalah hari kedua kita berpuasa. Saya memang ingin mengurangkan aktiviti memasak di bulan puasa ini kerana ingin melebihkan aktiviti ibadah di malam hari. Doktor juga menasihatkan saya supaya tidur lebih awal demi menjaga kesihatan yang asyik terganggu kebelakangan ini. 

Semalam seharian saya mengemaskan dapur dan membasuh beberapa helai langsir. Nampaknya kena buat secara berperingkat apalagi jika tidak dibantu oleh sesiapa. Memang memenatkan. Semalam nasib baik Boy telah membantu mencuci kipas siling dan mengelap apa apa yang patut. Hari ini saya cuma nak kongsikan kuih yang telah saya buat sebelum berpuasa.

Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Hmmm boleh caya ke? Masa dok kat ward, saya masih dok melayan layan blog masakan. Bukan apa, tapi sebab lapar lah. Dari pukul 11 malam, saya dah berpuasa untuk menjalani prosedur pagi keesokannya. Ini kali pertamalah saya admitted di Tropicana Medical Centre. Bilik single executive nya sangat besar, hampir sekali ganda dari bilik executive di Subang Jaya Medical Centre sekarang dikenali sebagai Sime Darby Medical Centre sebab bukan saja di Subang Jaya tapi telah ada juga di Subang berdekatan dengan Subang Airport lama. Bila dah lapar tu, terbayangkan apa jer semua teringin nak makan, sampai cucur ikan bilis pun teringin juga. Walhalnya baru beberapa hari lepas buat Cucur Ikan Bilis.

Makanan macam ni gerenti habis jika dibuat di rumah saya. Terutama bila dimakan panas panas bersama teh O, apalagi kalau hari mendung dan hujan. Sedap dimakan begitu sahaja tanpa perlu dicicah.  Saya mengambil resepi ini dari blog Yatie, Sinar Kehidupanku. Saya menggunakan bahan yang sama dengan cucur ikan bilis yang saya biasa buat, cuma kali ini saya menggunakan air panas mendidih. Biasanya saya guna air suam dan air sejuk biasa. Satu lagi bezanya ialah saya menggunakan baking powder, jadi adunan nampak kembang sedikit, sedang Yatie tak menggunakannya, jadi cekodok nampak lebih padat. Terpulang yang mana kita sukai.  


Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Cekodok Ikan Bilis ini dibuat sehari selepas saya keluar dari ward. Memikirkan hari sabtu sudah mula berpuasa, saya seperti marathon memasak pelbagai macam kuih untuk dimakan. Bagai melepaskan kemaruk berpanjangan jadinya. Kebetulan pula Boy pun balik bercuti untuk menyambut hari pertama berpuasa. Kegembiraan pada anak anak kami di bulan puasa ialah apabila dapat pergi ke Bazar Ramadhan dan masing masing memilih kuih kesukaan. Pendek kata tak adalah kesempatan untuk saya membuat kuih muih. 

Jom layan resepinya dulu....

Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Celodok Ikan Bilis Air Panas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum (asal 3 cawan)
segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - potong kecil
1 biji lada merah - dihiris
Daun sup/bawang/kucai - hiris
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (saya tambah)
1 sudu kecil serbuk kunyit (saya tambah)
1/4 sudu kecil baking soda (saya tambah)
1 1/2 cwn air panas mendidih (asal 2 1/2 cawan)

Cara-Cara
Satukan bahan dan buat lubang di tengahnya. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.

Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera. Masa nak bulat bulatkan cucur, taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.

Panaskan minyak dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.


Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Cekodok Ikan Bilis Air Panas



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Cekodok Ikan Bilis Air Panas"

  1. Selamat pagi Azie. Semoga dapat menjalani dengan sempurna ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat pagi sahabat ku yang sangat kreatif. Kagum sekali. Semoga Amie juga dapat menjalani ibadah puasa dg lebih sempurna. Ada kawan kawan kita yang tak sempat menemui dg Ramadan, jadi kita yang diberi kesempatan, kena mengambilnya

      Padam
  2. It looks very cute, nice little balls. I think I can finish one whole bowl in one sitting :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, it is not like normal cucur, we have to form a dough to be a small ball first before putting in the frying pan.

      Padam
  3. As-salam sis..
    cekodoknya sungguh comel sis, bulat2 aja..
    Semoga cepat sembuh ya sis..take good care..

    BalasPadam
    Balasan
    1. JC, cucur ni kita bentukkan bulat bulat dulu dengan tangan sebelum digoreng. Saya basahkan tangan sebelum menggentelnya

      Padam
  4. ka zie..moga cepat sembuh..nikee rasa zie stress ni..bykkan rehat kak...cute cekodok tu..tapikan dr dulu lagi kalau nk yg gebu gaul bersama air panas...rasa adunan pun lain....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Nikee. Doktor pun kata, kalau stress pun boleh jadi juga.

      Padam
  5. kak!
    dah bookmark dah menu ni..balik rumah nanti nak cubalah..ehehe =)
    terima kasih kak sbb share menu yg senang cam gini =)
    terliur pon ada bila tengok time puasa nih..hihi~

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, bulan puasa tengok apa pun sedap jer. Tadi tengok teh o ais dalam peti, aduh mengancam sangat

      Padam
  6. Bancuhan ni kalau ad lebih boleh di simpan dlm peti ais atau mmg kene habes kan terus ye?

    BalasPadam
  7. Kenapa bila saya goreng cekodok JD hancur DLM kuali

    BalasPadam