Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

16 Jul 2012

Ayam Goreng Berempah




Semalam selain Sambal Tumis Udang, saya juga mempunyai stok ayam. Cari cari punya cari, terpandang resepi Ayam Goreng Berempah yang memang sinonim dengan Nasi Lemak. Tapi saya tak mahulah menggunakan resepi biasa yang menggunakan bawang, bukan apa tak tahan melihat minyak nya yang menjadi hitam. Masa kenduri kawin di rumah kakak saya pun dimasak Ayam Goreng Berempah. Ada rempah serbuk khas yang dijual, cuma tinggal tabur dan gaul dengan ayam sahaja.

Resepi ini saya ambil dari blog Teratak Mutiara Kasih. Oleh kerana ada lagi setengah kotak santan, saya pun tuang jer di dalam air untuk memasak nasi, campakkan bawang hiris dan halia serta daun pandan. Jadilah nasi lemak nipis nipis jer. Hahaha nasi lemak stail orang berniaga yang tak cukup santan tu. Cukuplah kombinasi Nasi Lemak Nipis dengan Ayam Goreng Berempah dan Sambal Tumis Udang untuk hidangan tengahari. Yeaaay selesai kerja saya....



Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana 
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk jintan putih
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukupnya

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap sebentar. Boleh juga perap semalaman kerana lagi lama lagi mesra dan sedap. 

Selepas itu, gorenglah dgn minyak yang banyak. 
Selamat mencuba!


Nota:
Boleh guna rempah gulai dan rempah masak cap bunga Rose sebagai ganti rempah ketumbar dan jintan.




9 comments:

  1. Sedapnya ayam goreng berempah..ni yang Rahel lapar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahel, kat rumah kami skrg tengah hujan. Dapat makan nasi lemak dg ayam goreng berempah, sedaap. Lepas makan tidur pulak...

      Delete
  2. memang kena betul...nasi lemak sambal udang dan ayam goreng berempah... sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. FnF, hahahaha terbaeekk. Ngam jer kombinasi tu. kalau ada timun, telur dan ikan bilis goreng, lebih lengkap hidangan nasi lemak

      Delete
  3. "nasi lemak stail orang berniaga yang tak cukup santan tu" wahahahahha!!! How true, how true! Thanks for this recipe because I like the nasi lemak ayam goreng at Village Park. Now I can try and make this ayam goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH, nasi lemak yg dijual kebanyakannya does not fit to be called nasi lemak. Sb tak lemak and it does not smell like nasi lemak should be, kan...

      Delete
  4. Terima kasih yea sudi cuba rcp ayam brempah ni.Rcp sy simple2 jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mmg suka resepi yg simple

      Delete
  5. ayam goreng berempah.. sedap betul...tapi ada yg goreng ayam berempah dia mcm x guna minyak..nampak lembap2 tapi x berminyak..mcm mana dia buat erk??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.