Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

14 Jun 2012

Sedap Nyer Pisang Raja Goreng





Ini adalah entri yang dibuat petang semalam sebaik balik dari pejabat, yang memang sempoi. Hubby ada mesyuarat dan dalam perjalanan balik, siap singgah beli makan malam untuk kami. Maknanya saya tak perlu memasak apa apa lah. Tapi kalau dah gian nak memasak tu, sampai rumah, terus menjenguk ke dapur dulu. Mata terpandanglah pula pisang raja yang dah mula masak meranum. Maklumlah pisang ni bukan boleh simpan lama lama. Terlalu masak pun, jadi tak sedap pula.

Tengah fikir apa yang nak dibuat dengan pisang masak ni. Nak masak puding pisang ke atau lempeng pisang ke, bila tiba tiba decide untuk buat pisang goreng. Pisang goreng ke atau goreng pisang? Haaa yang mana satu yang betul ni? Dah tau, tak apa.


Sebenarnya pisang raja ni cukup sinonim dengan pisang goreng. Sedaaap pisang raja yang digoreng tapi jangan terlalu masak, nanti banyak menyerap minyak walaupun rasanya manis. Malahan minyak di kuali juga melekat jadi kehitaman dengan kemanisan pisang raja. Anak anak kami suka makan pisang goreng terutama Boy dan Juita. Setiap hari balik dari pejabat, biasanya hubby akan beli pisang goreng dan keropok lekor goreng, jika masih ada orang yang berjualan. Saya pulak tak suka sebab pisang tu digoreng dengan tepung macam tepung segera tu. Tak real lah macam tu. Guna pulak, pisang yang tak berapa masak, maklumlah orang berniaga kan.... Mereka pentingkan keuntungan dan kita pula pentingkan kesedapan.

Teringat masa kecil kecil kat Kampung Tangok dulu, kesedapan pisang goreng yang digoreng oleh Kak Rodah yang memang sedap dan memang rangup. Seumur hidup rasanya tak pernah lagi jumpa pisang goreng sebegitu. Kalau tak salah lah, ada dimasukkan juga kelapa parut, telur dll tapi bahan sebenar tiada siapa yang tahu. Lepas kami berpindah dari kampung tu, Kak Rodah pun dah tak lagi berniaga pisang goreng. Walaupun sepanjang jalan nak ke rumah my mom di Jalan Melawi banyak gerai menjual pisang goreng, tetapi tidak dapat menyamai keenakan dan kerangupan pisang goreng Kak Rodah kesukaan saya semasa kecil.

Kebetulan petang semalam, ada bersembang dengan Ros dan Liza sementara menunggukan solat asar. Kata Ros, nak buat pisang goreng yang rangup, sukatan tepung beras mesti separuh dari sukatan tepung gandum dan bancuh menggunakan air sejuk. Saya mesti nak tulis juga resepi yang saya guna. Yang dah pro tu, tutup mata jer. Buka mata tengok gambar gambar yang saya ambik dengan penuh kecintaan ni. Jom layan....


Pisang Raja Goreng

8 biji pisang raja - belah 2
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air ais secukupnya
Air kapur (jika suka)

Pisang dibelah dua dan baru dikopek kulit.


Satukan kesemuanya bahan di dalam mangkuk dan kacau sebati. Celup pisang rata rata dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana. Selepas kekuningan, balikkan. Goreng sehingga berwarna keemasan.


Angkat dan letak atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

Hidangkan panas panas dengan teh O atau kopi O sebagai hidangan petang, memang sedap sangat lah.



9 comments:

  1. salam....

    memang sedap ni.. kalau orang Johor cicah ngan sambal kicap memang fuhhh....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balqis, manis dah, rasanya kalau cicah sambalpun tk best

      Delete
  2. Azie,

    goreng pisang adalah proses untuk menggoreng. pisang goreng lak, macam yg kat atas tu..lemak manis menawan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Terima kasih, Cik gu Chah. Thank you for visiting my blog. Love reading your blog, very the santai one... Keep it up

      Delete
  3. Goreng pisang nie kalau ler mkn petang2 n minum lak ngan kopi perrgghhhhhh rasa nk terbang je hehhehe kan kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, I tidur malam tu teringat jer kat pisang raja goreng yg sedap manis tu. bangun pagi, terus buka saji. Tengok dah habis...

      Delete
  4. Klu goreng masuk t.gandum biasa xsedap n xmenarik juga xde kepingan lbhn goreng..klu guna tepung beras sj n sm y lain lg bestvtmbh telur...garing n enak ada kepingan y ranguppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah. Sebab kat kampung saya dulu, pernah bertanya dg org yg jual pisang goreng. Katanya dimasukkan tepung beras, telur dan sedikit kelapa parut. Sedap

      Delete
  5. Salam saya nak tanya dekat mana mudah untuk dapat kn pisang ni ? Sekiranya tahu sila contact saya . 0129120890 tq :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.