Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Jun 2012

Pengat Pisang Raja dengan Sagu






Dalam perjalanan balik dari Segamat selepas menghantar Boy ke UiTM semalam, saya singgah di gerai menjual buah buahan. Sempatlah pekena sebiji durian D101 yang isinya berwarna kuning yang sangat lemak dan pahit pahit sikit. Di situ ada juga dijual berjenis jenis pisang. Dengan membayar RM11 sahaja, bermacam macam pisang di bawa balik. Ada pisang raja, pisang emas dibawa belayar dan pisang tanduk. Dalam perjalanan balik, saya memikirkan apa yang nak dibuat dengan pisang pisang tu. Bila sebut pisang, yang terlintas di kepala ialah pengat, sira, pisang goreng, jemput jemput dan kek serta muffin pisang lah. Tapi saya dah kena kurangkan kek dan mufin ni semua sebab tak dapat sambutan dari penghuni rumah ini. Kena bagi kat jiran atau bawa ke pejabat atau jamu food disposer jer. Serius, mereka tak suka makan kuih kuih ni. Kadang kadang kena pujuk pujuk, maklumlah mama depa baru dapat sudip dan periuk belanga. Tengah teruja nak mencuba pelbagai resepi masakan.




Ok lah sebagai permulaan saya membuat Pengat Pisang dengan Sagu dulu lah. Saya suka pengat stail hotel yang agak cair walaupun saya suka juga makan yang pekat. Tekak kampung macam saya ni, tak kisah nyer apa masakan kampung terutama dari Kelantan, berselera lah. Sedap nyer dimakan sejuk sejuk, nak rasa? Mai lah rumah kami, jom santai santai sambil melayan ikan koi kami yang sedang berenang renang dalam air kolam yang very the crystal clear lah, tak tahu kenapa tapi balik dari Penang, tengok berkaca kaca jernihnya. Sejernih hati ku tapi tak setenang hati ku kerana ada air pancut yang sentiasa membawa gelombang dan bunyi pada kolam ini.

Hahaha sebelum jauh merapu, jom layan resepi yang semua orang tau buat lah. Saya buat pengat sejak di bangku sekolah lagi sebab dipaksa bukan suka suka...




Pengat Pisang Raja Dengan Sagu

Bahan bahan:

7 biji Pisang Raja - hiris nipis
1 pek santan
2 sb sagu - rendam & tos
1 keping gula melaka - hiris kecil
2 sudu besar gula
Secubit garam
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara cara:
Masak santan dengan air, daun pandan, gula dan gula melaka yang diracik halus sehingga gula larut.

Masukkan sagu dan kacau santan dengan api perlahan sehingga mendidih.

Masukkan pisang dan garam. Biarkan beberapa minit. Tutup api sebelum santan pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.



 
Nota:
Sagu boleh juga selepas dibasuh dimasak terlebih dulu. Toskan air dan ambil sagunya sahaja.


15 ulasan:

  1. sdapnya pengat pisang...
    lama x makan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyifa, samalah kita. I pun dah lama tak makan pengat. Sesekali makan pengat, pekena dg teh O, memang syookk.

      Padam
  2. Salam Sis.sedapnya pengat pisang.....kalau bulan puasa mmg tak miss.tp kat Egypt hanya ada pisang biasa yg mkn tak da pisang utk goreng/pengat. Selain pengat pisang kalau ada pisang sy suka buat puding raja tp versi mudah campur dgn kastad tanpa jala mas...sedap mkn sejuk2 dgn sos kastad.kalau sis nak tengok link spt di bawah;
    http://dapur-mamasya.blogspot.com/2011/12/puding-raja-versi-berbeza.html
    nengok kuih kaswi kat bawah tu....tentu sedapkan letak durian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Mamasya, sebenarnya dok teringin nak buat puding raja tapi belum ada jala emas, tu yang KIV dulu. Ingat nak beli yang ready made jala emas jer. Belum sempat nak call lagi. Resepi dah ambik dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang.

      Nanti kita tengok link tu. banyak betul resepi dalam blog Mamasya yang saya tak habis geledah lagi.

      Padam
  3. Salam kak azie, baru cakap2 nak buat pengat pisang dah nampak disini, bertambah semangat nak buat, nnt nak try buat ni thnks : )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, sedap pengat pisang ni, pekena pulak dengan Teh O panas panas. Aduhai.

      Itu hari visit your kuih tart. Tadi tiba tiba jer rasa nak makan homemade kuih tart. Tapi acuan belum ada. Dulu pernah buat tapi tak boleh digulung sebab patah.nanti nak kena cuba lagi sekali

      Padam
  4. Ya Allah sedap nyer nampak isk isk isk....terbaek lah Azie :D..

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, saja ambik gambar banyak banyak, nak bagi D5 tergoda

      Padam
    2. wahhhhh bukan stakat tergoda je dah meleleh darah kat idung dah nie ekekkekkekke adehhhh Azie nie mmg ler rase cam nk sudu2 jer monitor nie muahhahhahahah..

      Padam
    3. Yeah, let's do it. I pun kalu tengok gambar, akan tengok atas bawah sebab I suka gambar gambar makanan yang nampak real

      Padam
  5. salam Zie pagi2 ni tengok pengat pisang lah sedap tu,terus teringin tapi tkde pisang lah pulak ni,tunggu kuar shopping baru lah boleh beli pisang raja, pisang apa pun boleh ke Zie selain pisang raja kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Kak Noor. Pisang apa apa pun boleh. I lebih suka pisang abu atau pisang awak. Ramai orang buat guna pisang nangka. Pisang raja ni susah sikit nk jumpa. Sebenarnya pisang raja ni kalau digoreng mmg mabeles lah...

      Padam
  6. Adusss...dh lama tak memengat... terguda la pulak...kalau hirup kuah dia lepas kuar dr fridge ermmm yummy!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gee, sedap dihirup sejuk sejuk terutama bila ada sagu di dalamnya. Yummy

      Padam
  7. Love ur resepi°°°° nk cuba!

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.