Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

5 Jun 2012

Masak Lemak Kailan Dengan Udang






Saya belajar resepi ini dari ex officemate, Kak Halimah yang saya panggil Kak Limah 25 tahun yang lalu. Sejak itu, saya banyak kali memasak kailan menggunakan resepi ini. Kalau biasanya masak lemak tidak ditumis tapi kali ini yang berbezanya bawang ditumis terlebih dahulu. Kailan yang pahit dan kelat itu sedap bila ditambah dengan udang kerana ianya menjadikan kuahnya manis dengan makanan laut kegemaran kami sekeluarga itu.

Tapi saya sebenarnya dah bertahun juga tidak memasak Kailan seperti ini, malahan lama juga tidak membeli sayur kailan pun. Maklumlah budak budak bukan suka makan sayur sayur apalagi Kailan yang pahit. Jadi untuk menarik minat mereka, diletakkan sedikit udang gitu.

OK lah kita layan dulu resepinya. Cubalah, saya suka sangat sayur masak lemak putih yang dimasak sebegini. Lebih lebih lagi digandingkan dengan ikan masin atau ikan kering. 




Masak Lemak Kailan Dengan Udang
Resepi: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kailan - potong kecil kecil
Udang - buang kulit
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 cili merah - hiris
1 pek santan
Garam
Gula
Minyak masak

Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan. Masukkan udang dan goreng seketika.

Masukkan santan dan dikacau rata. Masukkan batang kailan dahulu sebelum memasukkan daun kailan.

Akhir sekali, masukkan cili merah yang dihiris, garam dan sedikit gula.

Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih yang panas panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.