Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

20 Jun 2012

JJCM Masakan Padang



Hari ini saya mengambil cuti separuh hari petang kerana nak pergi berurut sebab badan rasa lenguh lenguh sejak balik dari Langkawi hari minggu lepas. Sebelum balik ke rumah, saya dan hubby ke Kg Baru, apalagi kalau bukan mengacara program JJCM ke gerai kesukaan saya sejak 26 tahun yang lalu. Masa saya baru baru bekerja, hubby yang pada masa itu boyfriend lagi, telah menyewakan sebuah bilik di Kg Baru untuk saya. Setiap pagi saya akan berjalan kaki di hadapan masjid Kg Baru untuk menunggu bas mini ke pejabat. Bila sampai situ, bas kebiasaannya telah penuh sesak. Kalau berjalan ke depan lagi menghampiri Chow Kit, barulah dapat tempat duduk.

Setiap hari sabtu, sebaik balik dari pejabat saya akan singgah di gerai ini pada masa tu gerai kecik sahaja terletak betul betul bawah pokok mangga di hadapan Wisma Azmon. Kini gerai tu dah berlantai dan berbumbung zink. Lauk kesukaan saya ialah Masak Lemak Tunjang Kaki Lembu, Masak Lemak Perut Muda, Masak Lemak Perut, Begedil dan Ikan Kembung goreng selain dari sambal cili merah yang ditumis. Itu jer lauk pilihan saya setiap kali makan di sana walaupun ada banyak lagi lauk pauk lain seperti Rendang Daging, ayam dan macam macam lagi.

Hari ini saya memesan 2 keping perut lembu yang dimasak lemak. Heee suka tak tengok ni. Walaupun berwarna kehitaman tapi sedap tau... Harganya dalam RM3.00 sekeping.



Selain itu, saya juga mesti ambil lauk wajib ni iaitu Perut Muda lembu yang dimasak lemak juga. Di dalam perut, disumbat apa pun, saya tak pasti tapi sedap sangat. Harga dalam RM3 sekeping.

 
Selain dua lauk wajib tu, saya juga minta seketul begedil yang besar sama dengan saiz 2 biji begedil biasa. Haa tengok gambar di bawah ni..

 
Akhir sekali, pembangkit selera, sambal cili merah tumis ni yang memang terdapat di kebanyakan kedai menjual masakan Minang atau Padang. Kalau tak ada ni, memang tak lengkaplah hidangan kita...

 
Saya memang gemar sangat lauk lauk di sini, kalau nak tahu sedap atau tidak, bolehlah datang sendiri, tapi kena cepat dalam pukul 12 hingga pukul 1.30 sebab kalau selepas waktu itu, memang banyak lauk lauk yang dah habis. Cara mudah untuk mencari gerai ini ialah dengan melihat banyak teksi teksi parking di sekitarnya kerana ramai pemandu teksi akan berhenti makan tengahari di sini setiap hari...

4 comments:

  1. D5 suker mkn perut muda tu kalau dpt sate perut muda peeerrrggghhhh rasa nk berterbangan air mate nie but susah tul nk dpt nyer kat kl nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, samalah kita. I pun suka sate perut muda. Dulu ada kat Shah Alam tapi skrg dah tak ada lagi.

      Delete
  2. as salam apa nama kedai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak ada nama. Kalau masuk ke Kg Baru dan masjid berada di kiri kita, terus sehingga nampak ada gerai makan di kanan. Biasanya kereta atau teksi banyak terutama waktu lunch

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.