Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

13 May 2012

Yeay London Yang Mengujakan




Hari ni sementara masih jetlag dan mamai mamai lagi ni, nak sambung perjalanan dari Paris ke Kota London pulak. Lepas memasak lunch tadi walaupun mula ke dapur secara rasminya pukul 3.30 petang tadi, badan masih rasa macam letih menggigil lagi. Jom lah kita layan catatan perjalanan ke London, kota kosmopolitan yang sentiasa saya ingin kunjungi. Layannn...

Pagi pagi bertolak dari Gare Du Nord menaiki euro star train menyeberangi Selat Inggeris ke King Cross St Pancrass.  Kemudian kami mengambil train dan turun di Dollis Hill, tempat penginapan sewaan kami di Denzil Road sepanjang di sana. Sebelum check in di tempat penginapan, sempat berhenti makan di restoran restoran Pakistan di sepanjang jalan. Sedap nyer ayam panggang.  

Sampai jer ke bilik, kami terus keluar tak sabar sabar lagi untuk menyusuri Oxford Street yang memang terkenal sesangat tu. Di Selfridges, saya membeli Christian Dior shades yang memang dok berkenan dari Paris lagi.



Pendek kata hari pertama, hubby dah memborong sakan. Seperti biasa, kalau ke mana mana, memang saya tak tahu bershopping. Ambik dan letak balik, belinya tidak. Dah cuba pun, akhir diletakkan kembali. Itu sebab saya suka pergi shopping dengan my daughter yang akan memilih untuk saya.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Maaf, mohon tumpang iklan ye Tuan Blog…

    Kepada sesiapa yang nak melawat kota London, kami ada menyediakan servis penginapan budget di London :

    http://homestaydilondon.blogspot.co.uk/

    @

    http://homestay-london.blogspot.co.uk/

    TQ n sorry again..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.