Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

24 May 2012

Puding Cheese






Dah lama berhajat nak cuba membuat Puding Cheese selepas ternampak puding ini di blog Home Kreation. Dah beli pun biskut cheese semasa ke Giant hampir sebulan yang lepas tapi hajat asyik tertangguh dek keletihan dan kepenatan terutama sekembali dari bercuti. Jetlag pula hampir seminggu, aduhaai kena terima lah hakikat yang faktor usia juga menyebabkan kelesuan yang agak lama. Pemulihan yang memakan masa. Lepas ini, akan bercuti sekali lagi, dan Insya Allah bersama famili pulak. 

Berbalik pada Puding Cheese, akhirnya hari ini selepas balik dari pejabat terus masuk dapur dan berjaya mengatasi kemalasan saya untuk menyiapkan juga Puding Cheese ini. Malas bukan sebab apa tapi saya tak punya blender kering. Jadi saya terpaksa menghancurkan biskut dengan menggunakan lesung penumbuk sahaja tapi OK juga sebab ianya tidak lah terlalu halus, jadi masih boleh dirasai tekstur biskutnya. Lagi sedap rasanya begini. 



Banyak juga terhasilnya puding ini, kalau hanya untuk kami anak beranak, lain kali cukup jer dibuat hanya separuh adunan. Kejadian pun agak cantik dengan menggunakan mould silikon comel comel yang dibeli di Bangsar tempohari. Tapi saya kurang berpuashati dengan gambar yang diambil tengah malam ni, kurang cantiklah. Apa apa pun jom layan resepi dulu...


Puding Cheese
sumber: AlongRoz@HomeKreation
Saiz 8" persegi

Bahan bahan:
13gm serbuk Agar-Agar
1 liter air
120g gula
3 biji telur
120-150g biskut cheese - blend halus
1 sb tepung kastad
400ml susu cair/susu segar
200gm susu pekat
50gm mentega


Cara cara:
Masak serbuk agar agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.

Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.

Tuangkan ke dalam adunan agar agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Akhir sekali, masukkan mentega sehingga sebati.

Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.



 

10 comments:

  1. alahai comeiinye puding tu bile dibuat kecik2 cmtu...sedap jugak nmpknye tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH, comeykan? Hari tu ada beli mould cute mute ni kat Bangsar. Ada juga bentuk love tapi tak ada mood nak ambil gambar tengah malam ni.

      Delete
  2. rajin nye memuding ni Azie kak Noor kalau memuding ni sendiri buat sendiri makan lah jawabnya anak2 tak suka mama nya sorang je yg suka tunggu hari rajin nak layan sendiri sendiri boleh guna resepi Azie ya hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee rindunya dengan Kak Noor, my sifu. Rasa lama tak berbicara dengan Kak Noor. Hari ni mood pun tak berapa bagus juga tapi dikuatkan sebab dah lama beli biskut cheese tu. Takut nanti masuk angin pulak. Kalau Kak Noor yang buat, kejadian pasti lagi cantik.

      Delete
  3. salam kak azie, gambr x cun ke? Ok je..jnji best..!
    Nmpk pun cam sedap.....nnti nak try lah...sy pun kene buat half gak nie....sbb anak2 mmg x berapa mkn sngt puding2 cmni.....tu yg jarang skit mmbuatnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyifa, betul tu. anak anak bukan suka kuih kuih manis atau tradisional. Jadi buat half pun dah OK, kalau sekadar nak merasa.

      Delete
  4. Salam Sis Azie.kalau puding mmg favorit sokmo...tambah kalau yg sejuk nyaman je terasa apatah lagi dlm cuaca panas spt skrg ni.puding cheese nipun dah lama berkenan tp tak terbuat2 lagi....belum cari biskut cheese.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear mamasya, kalau cuaca panas, dapat makan puding atau agar agar yang sejuk nyaman, memang sedap kan. Saja nak experiment puding menggunakan biskut cheese ni pun, ya juga.

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh guna brand apa jer. Saya dah tak ingat. Beli kat Giant

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.