Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

14 May 2012

London Part 2: Menyusuri Bicester Village dan Oxford Street




Hari kedua di London kami ke Bicester Village atau di sebut sebagai "Bister Village", tempat factory outlet yang terkenal di sana. Boleh dikatakan  "a must visit place" terutama pengunjung dari Malaysia. Agak jauh dan terpaksa bertukar train beberapa kali juga.  








Oleh kerana kami sampai awal, banyak kedai yang baru nak memulakan perniagaan dan orang pun belum ramai lagi. Kami pun mula lah posing posing dulu kerana gambar ni akan kekal abadi sedang ingatan sedikit demi sedikit beransur hilangkan kan.. Haa jumpa pinggan Wedgwood kami, apalagi layan posing lah jap.




Tapi kerana pengalaman pertama di sini, saya tak pandai sangat mencari barang barang yang betul betul berbaloi di beli. Maklumlah tambang ke sana pun sangat mahal.  Jadi kenalah beli barang yang betul betul berbaloi di mana harga di Malaysia mahal untuk dibeli.  Tapi tak mengapa, Insya Allah ada rezeki boleh saja datang lagi ke sini. Pengalaman banyak mengajar kita kan? kan kan?

Hubby  memborong banyak baju baju Polo Ralph Lauren untuk dia dan anak anak yang memang murah berbanding dengan tempat kita. Rupanya Boy pun ada memesan baju polo ini. Wah ada citarasa juga anak lelaki sulung kesayangan kami itu. Saya pulak tak membeli apa apa untuk diri sendiri. Biasa lah, dah cuba, letak balik. Cuba lagi, letak lagi. Dah lah bukan senang nak mencuba sebab setiap kali kena buka baju yang berlapis lapis tebalnya. Itu sebab sehingga balik ke rumah masih terkenangkan baju baju di sana yang sepatutnya saya beli sehelai dua. Akhirnya kena kirim dengan Dr Mazlina untuk membeli dan mengirimkan beberapa helai kemeja Polo Ralph Lauren untuk saya. Terima kasih, Maz. 
Sekejap jer di Bicester, saya dan hubby memutuskan untuk balik ke London, belum puas menerokai Oxford Street yang menggamit kedatangan kami.  Rasanya di Oxford Street lagi banyak pilihan barangan yang sesuai untuk kami berbanding dengan Bicester. Itu yang kami fikirkan pada masa itu...




Keluar masuk kedai kedai sepanjang Oxford Street memang menyeronokkan, dapat jamu mata pun dah OK. Tapi hati terkenangkan anak anak kerana mereka suka bershopping. Jika mereka ada bersama, tentu tiada masalah untuk membuat pilihan untuk mereka kerana mereka sendiri akan memilih apa yang berkenan di hati.

Saya menyusuri gedung gedung membeli belah di sana seperti Harrods, Liberty, Mark and Spencer dan tak lupa Primaks lah. Sambil sambil itu, kami menjamu mata dan menikmati keindahan syurga membeli belah tempat ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dan membeli belah setiap tahun..




Semasa di Liberty sempat menjenguk kain cotton yang memang menjadi kegemaran sahabat saya Hasnah dan anak anak gadisnya yang memang bercita rasa tinggi dalam berpakaian. Mereka hanya memakai cotton dari Liberty dan tidak yang lain lain. Teruja dan tumpang bangga.  Malahan beliau adalah idola saya dalam berpakaian, terutama dalam membeli handbag, pasti pendapat  beliau akan diambilkira. 

Saya tak membeli kain cotton kali ini tetapi berazam untuk membelinya di kunjungan akan datang. Pasti sekali saya akan memilikinya... Tengok ni, cantik tak? Kalau harga mahal, pasti cantik di mata saya. hahaha jangan marah Laling hubby.





Hari itu, kami singgah makan kebab yang di jual di tepi jalan di Oxford Street jer. hehehe makan sambil berdiri jer. Minta ampuun, kira darurat lah. Dalam kesejukan begitu, dapat makan kebab yang panas, memang lah rasanya sedap sekali.

Sehingga berjumpa lagi di sambungan catatan perjalanan ke London ... tadaaa


10 comments:

  1. Sesekali beli brg mahal apa salahnya, alah mmbeli menang memakai, kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zana, saya percaya barang mahal lebih berkualiti. Sekali sekala kena reward diri kita dengan barang yang boleh membuatkan kita gembira memilikinya.

      Delete
  2. Salam k. Azie. ralit baca kisah k.Azie shopping di Paris dan London....bila pergi bercuti mmg rugi tak beli brg yg jadi idaman hati...boleh juga buat kenang-kenangan juga. tengok kedai Wedgwood tu teringat masa dok UK dulu...suka masuk kedai pinggan mangkuk...sampai ke stoke on trent...
    re; mmg ada rancangan juga nak belajar dgn org Arab, ambil peluang semasa dok sini tp asyik tertangguh. Kalau Cairo ni crowded sikit berbanding Alex....Alex tu sy suka pergi sbb cantik bandarnya tepi pantai dan bangunan2 tepi pantai ada pengaruh Eropah sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, betul. Di samping membeli barang kesukaan, ianya juga dapat menjadi kenangan. Maksudnya LV dibeli di KL tak sama dengan LV yang di Paris kan. Sebab ianya datang bersama kenangan semasa bercuti.

      Ok saya tunggu hingga Mamasya dapat resepi dari orang Arab ya. Saya minta anak saya cuba mendapatkan tapi sebab student, susah sikitlah. Resepi nasi beriani Pakistan yang I buat tu, memang my friend dapat dari kawan Pakistan yang berjiran semasa dia tinggal di Jeddah. Bukan apa, teringin sangat nak belajar macam mana orang Arab buat nasi mandy sebab warna ayam dan kambing nyer, lain sekali dg yang dijual di Malaysia ni.

      Delete
  3. bestnya kak Azie berpeluang ke sna...shopping2...hehehe...byk ker mborong..rugi sesekali ke sna xpulun sakan shopping tu..hehe...kita ni bile la nk spi ke san ekkk...huhu...

    akak ade tnyekan pasal sign kt blog QH tu...akak try klik sni..http://signatures.mylivesignature.com...akak bleh pilih nk yg mne 1...^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear QH, betul klu pergi sana tak memborong terutama Coach n MK, memang rugi rasanya. I beli 8 handbags termasuk untuk anak anak juga.

      Thank you for sharing on the auto signature. Caaayang QH. Muah muah...

      Delete
  4. Salam Puan Azie,

    Memang sungguh terujakan shopping kat sana....shima pon dok teringat-ingat kenangan bershopping kat sana....best sesangat kan....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima, best kan kalau hari hari pun bercuti. Kami ni baru jer balik bercuti dan jetlag pun baru nak pulih, dah rasa nak pergi bercuti lagi...

      Delete
  5. Harus best Puan Azie klu dapat pergi bercuti selalu!!...seronok sangat dapat tengok gambar Pn Azie..cun cun belaka...shima x pernah sampai ke sana lagi ...insyaallah klu di murahkan rezeki teringin juga hendak ke sana...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima, bercuti memang best terutama kalau ke negara negara yang berbeza iklim dengan negara kita, apalagi jika tempat itu best utk shopping. Insya Allah, ada rezeki Shima pun boleh pergi. Yang penting kita terus berusaha kerana kita tak tahu rezeki kita di masa depan kan? Saya doakan semoga Shima dimurahkan rezeki. Amiin

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.