Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

15 Mei 2012

Masak Lemak Lala


 
Selain Udang Goreng Garam Kunyit dengan Kacang Panjang, saya juga menyediakan Masak Lemak Lala yang resepinya saya minta dari tukang masak di gerai  makanan Kelantan di Kota Damansara.  

Semasa dalam perjalanan ke pejabat pada tengahari semalam, kami singgah makan di gerai  masakan Kelantan bernama selera Pantai Timur yang pagi pagi menjual bermacam makanan Kelantan kegemaran saya. Semalam adalah hari pertama saya masuk pejabat selepas balik bercuti dari San Francisco dan Las Vegas. Saya terpaksa mengambil cuti separuh hari sebelah pagi kerana masih tak boleh bangun. Walaupun malamnya mengambil ubat tidur, saya masih tak boleh tidur mungkin sebab lewat mengambil ubat.

Oleh kerana lala adalah kegemaran Aween, saya meringankan mulut bertanya mak cik yang bekerja di situ cara cara memasaknya. Dari apa yang dicerita, saya terus menyalin resepi ke dalam ipad supaya tidak lupa. 


Hari ini semasa balik dari pejabat, singgah di kedai runcit dan kebetulan ternampak lala yang agak segar, saya pun terus membeli bahan keperluan untuk membuat Masak Lemak Lala mengikut resepi yang saya salin dari gerai Kelantan tempohari. 

Masak Lemak Lala

Cili padi - ikut pedas yang disukai
1 inci Kunyit hidup
3 bawang merah
2 bawang putih
2 serai - ketuk
2 cili hijau - belah 2
Santan pekat
1 asam keping
Garam
Gula

Kisar cili padi, kunyit, bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai ketuk.

Masukkan lala dan masak sehingga ianya terbuka dan air agak kering kerana lala mengeluarkan air.  

Kemudian baru  dimasukkan santan pekat.

Masak sehingga naik minyak, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Jika suka, masukkan cili hijau yang dibelah 2 sebagai hiasan.

Angkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.



8 ulasan:

  1. lauk fav pak mentua QH ni kak...suka sgt dia mkn lala...hihi...nmpk sedap..nti bleh la cuba jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, lala ni kegemaran anak bongsu saya. Kalau ke Giant, tak cukup beli satu pack. Nnt dia akan tanya kenapa beli satu pack jer. Malam tadi dia makan dua kali. Lepas sejam masuk makan lagi sekali. Mak cik tukang masak tu cakap " alaaa resepi yang selalu tunjuk kat TV tu". Dalam gitu, dia bagi jer resepi dan cara cara memasaknya. Memang sedap terutama jika kuahnya dibuat pekat pekat.

      Padam
  2. Thanks for the recipe. I'm super excited to cook this today. My dad's going to smile for this ... :)

    Thank you

    BalasPadam
  3. Kak Azie, know what, if aza nak masak apa2 especially yang tak sure mesti cari Azie kitchen. Confirm sedap!

    BalasPadam
  4. Salam, kak azie.. Terima kasih byk2 sb byk dh resepi kak azie yg sy dah try..Alhamdulillah sedap n jadi.. Nk2 lg mknn klate..hope one fine day bleh kenal kak azie face to face.. Terima kasih lg skali kak azie..

    BalasPadam
  5. Takda la susah sangat eh, petang ni nak buat untuk menu berbuka la. Tq kak.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.