Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

1 May 2012

Kerang Rebus Untuk Aween




Kalau biasanya saya rebus jer kerang, masuk garam dan bawang, masak bolehlah angkat dan makan, Haaa gitu jer. Tapi kita ni kena sentiasa belajar, belajar seumur hidup lah katakan. Jadi saya belek belek lah cara orang lain membuat kerang rebus. Zaiton owner di saloon pasar Taman Tun Dr Ismail yang saya pergi tadi ajar dengan cara merebus air hingga mendidih dan curahkan atas kerang yang telah dibasuh bersih. Itu jer. 






Boleh lah makan dengan sambal cuka atau dengan sambal kicap. Saya tak buat pun, tapi kalau nak buat, saya ada share resepi yang saya ambil dari blog Che Mat Gebu. Kami cuma cicah dengan pencicah keropok/makanan laut yang dibawa dari Kelantan.

Saya borong semua baki kerang yang ada tadi sebab kesian pulak kalau tinggal sikit. Maklumlah kerang ni biasanya orang beli banyak kerana kulit jer yang berat, isi sedikit jer. Lagi pulak terpesona melihatkan kerang kerang tu tersenyum manis. Tapi tahu pulak depa tu, sampai jer di rumah kami, terus semua tutup mulut.  Bila time nak memasak, barulah mereka mula membuka mulut semula. Saya pun jadi senang hati kerana kerang masih hidup dan pastinya segar. hahaha joke tak berilmiah pulak si Azie malam malam ni. Jom layan lah gambar yang diambil waktu malam kerana saya tunggu Aween balik sekolah sebelum merebus supaya ianya dapat dihidangkan panas panas...


Kerang Rebus

Bahan-bahan
3kg kerang
1 labu bawang besar- dimayang
3 batang serai dititk
Garam secukupnya

Cara-cara
Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bawang besar, serai dan garam. 

Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup. 

Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap utk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap  berbanding merebus cara biasa.





Sambal Cuka 
sumber: CMG
4 - 5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
3 - 4 camca besar cuka makan
Sedikit air

Cara membuatnya
Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, tambah garam dan gula, tumbuk sehingga semua sebati. Alihkan ke dalam bekas, masukkan cuka makan dan sedikit air, kacau hingga rata.


12 comments:

  1. alahai kak Azie..tergoda betul cikwan tengok kerang tu terbukak macam tu....rasa macam nak tolong je korek satu2..then masuk mulut..heheh

    kak Azie asal Kelantan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ni jarang beli kerang hidup. First time, beli cuma direbus sebab isi kerang diambik untuk dibuat kuah mee kari kerang. Inilah kali pertama memasak untuk dimakan dengan pencicah. Memang syok, kutip satu persatu masuk mulut.

      Saya berasal dari Bachok. CW orang Kelantan juga ke?

      Delete
    2. Kak Azie..Cikwan org Setiu.. =)

      Delete
  2. aduyaiiii kerang lah sedap tu cicah air asam ke kan Zie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, kalau direbus cara di atas tu lagi sedap rupanya berbanding dengan rebus biasa. Kami cicah guna pencicah keropok/makanan laut yang dibeli dari kampung. Sedap pencicah ni.

      Delete
  3. saya suka betul kerang rebus cicah sambal kicap johor + sos pas tu perahkan limau kasturi... makan tak hingat punya.. sedap berapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak buat sambal kicap johor tu? Cuba lain kali jangan rebus tapi ikut cara di atas, lagi sedap

      Delete
  4. nak try cara masak kerang yang ni la.. sbelum ni ina rebuskan aje... ina suka mkn kerang. hiiii ina org terengganu tinggal kat kelantan.. kak azie balik kelantan, meh singah umah ina kat seterpa peringat okeh. :-)

    ReplyDelete
  5. kena cuba rebus cara ni pulak..selalu tengok ayah saya rebus biasa tu. Mesti lagi manis rasanya kan..

    Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga cuba kaedah diajar kawan saya. Tuang air mendidih ke atas kerang yang telah dibasuh bersih.

      Delete
  6. salam kak

    sibuk jer sya nie, semua entry nak komen lak
    cara MIL rebus
    lps bersihkan, masuk kerang & air mcm biasa
    tgh mendidih, dikacau dan tutup api dapur tu
    lps tu terus toskan airnya.
    Kerang yg msak tu akan sama size mcm dlm cengkerang dia
    sya selalu mkn dgn sambal air asam ( sambal belacan + air asam + grm perasa)
    kerang tu kopek2 dan gaul dgn air asam

    perghhhh
    nak g cari ler kerang petang nie
    hihihi

    ReplyDelete
  7. Tgk kerang akk tringn pulak...hehehr

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.