Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

13 May 2012

Kerang Gergasi Masak Sweet Sour




Hari ini setelah 3 hari kembali dari percutian di San Francisco dan Las Vegas, saya masih lagi mengalami jetlag yang perlu dibantu dengan ubat oleh doktor supaya waktu tidur saya kembali normal. Saya membuka mata setelah Aween  mmerengek rengek minta dimasakkan kerang gergasi yang dibeli di Pasar basah Subang Jaya semalam. Semalam kami ke USJ Taipan untuk mengambil spec Ray Ban Aween yang diingini sebelum kami bertolak ke States lagi. Saya dengan tak laratnya meminta dia merebus dulu kerang. 


 
Apabila dia datang lagi, memberitahu kerang sudah siap direbus, barulah tersedar yang jam di ipad sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Mak ooi lamanya saya tidur. Ini dah tahap melampau nih. Segera bangun dah terus menunaikan solat zuhur sebelum terhenjut henjut mengelek handphone dan ipad turun dan terus ke dapur.

Layan jer macam macam lauk yang diminta saya masakkan antaranya Kerang Masak Sweet Sour, Sotong goreng Garam Kunyit. Saya pulak kena juga buatkan kuah, jadi saya masak Ikan Masak Lemak Cili Padi dan Sayur Kacang Panjang Goreng Telur. Semua dimasak serentak dengan mata yang kuyu layu.  

Apa apa pun Kerang Masak Sweet Sour ni sangat sedap.  Makan dengan nasi putih panas panas, lagi sedap. Kalau tak percaya, cuba masak sendiri dan makan sendiri. hahaha.  Jangan lupa cara untuk memasak kerang ya. Kalau lupa, rujuk di SINI dulu.  Jom layan dulu. Aduish comotlah pulak pinggan tu sebab chef tengah memasak sementara anak mengambil gambar ...




Kerang Gergasi Masak Sweet Sour

2 kg kerang gergasi (rebus & ambik isi)
4 cili merah - kisar
3 bawang merah - kisar
2 bawang putih - kisar
1/2 bawang besar - hiris
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Gula
Garam

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. 

Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.

Masukkan isi kerang dan dikacau rata. Akhir sekali masukkan bawang besar, gula dan sedikit garam. Mesti ada rasa manis dan masam.

Bolehlah angkat dan dihidangkan.



Enjoy...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.