Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

7 Apr 2012

Puding Lemak Cendol



Sebagai pencuci mulut untuk hidangan tetamu kami hari ini,  Rusdi dan kawan kawan, saya menyediakan Puding Lemak Cendol yang resepinya diambil dari blog Ummi. Puding ini adalah puding tradisional, maklum tengok jer lah bahan bahannya menggunakan santan dan cendol.  

Oleh kerana petang nanti, kami akan berkunjung ke rumah Dato' Salehuddin  dan Datin Nursinah di Shah Alam, saya membuat lebih sedikit iaitu 1 1/2 adunan, bercadang untuk membawa puding ini untuk dinikmati bersama sama kawan kawan semasa di universiti dulu. Kamalullail dan isteri, Ita juga akan turut mengunjungi rumah Dato' Saleh. Selain untuk mengeratkan silaturrahim, juga kerana Kamal ingin melihat banglo Dato' Saleh sebelum memulakan pembinaan banglo beliau sendiri.

Berbalik kepada puding ini, sebenarnya saya sangat teruja untuk melihat hasilnya selepas dikeluarkan dari acuan yang saya beli semalam dari Pantry Magic.  Memang semuanya cantik cantik dan semuanya berkenan di hati. Aduhai beberapa keping kertas yang berwarna ungu terbang juga tadi. Sengaja tak membeli banyak banyak kerana saya bercadang untuk meninjau ninjau semasa di USA nanti. 

Jom kita layan resepi...

Puding Lemak Cendol
Sumber: Ummi@Home Sweet Home

Bahan-Bahan
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir (saya guna 2 cawan utk 1 1/2 adunan)
4 1/2 cawan santan (sederhana pekat)
2 helai daun pandan
500 gm cendol (toskan)

Cara-cara
Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan ke dalam kuali.

Masak adunan tadi dengan api sederhana sehingga pekat sedikit. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati, pekat dan berkilat. Adunan hendaklah sentiasa di kacau dalam 20 minit

 

Masukkan cendol yg ditos. Kacau sebati selama 5 minit. Angkat dan tuang di dalam loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.

 
Setelah sejuk bolehlah dipotong atau boleh juga menggunakan acuan kecil.

 
Siap untuk dihidangkan. Sejuk sejuk lagi sedap dan nyaman, bah. 






6 comments:

  1. sedap nya Zie macam nak buat jugak tapi cendol lak tkde ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Noor. Ala ala puding tradisional. Nanti dah ada cendol, Noor boleh cuba. Dimakan sejuk sejuk, lagi sedap

      Delete
  2. Memang sedap Kak Zie.... dah nak balik pun anak sempat rembat lagi satu puding tu....
    Terima kasih banyak-banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok tengok bila tetamu suka apa yang dihidangkan.

      Delete
  3. akak, klo tk nk campurkan tepung jagung blh..? kt umh ada tepung kastard je... huhhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura, boleh Zura cuba sebab saya belum pernah lagi membuay begitu. Nnt Zura kongsikan experimen Zura tu. selamat berpuasa

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.