Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Apr 2012

Laksa Penang Kegemaran My Laling





Pagi pagi selepas solat Subuh, my laling hubby memberitahu ada kawan kawan yang ingin berkunjung ke rumah petang nanti. Saya pulak hari ini ingat nak berehat dan berjalan jalan ke IKEA melihat barang barang yang perlu untuk menyiapkan dekorasi surau dan bilik study di rumah kami. Memang hari ni rancangan nya hanya nak memasak Nasi Minyak dan Pajeri Nenas untuk dimakan dengan Ayam Masak Merah yang saya masak malam tadi. Ye la, bukan senang nak berehat,  pada hari cuti cuti ni jer, saya bebas melakukan apa sahaja tanpa tertakluk kepada rutin hari bekerja.

Masa hubby ke kedai runcit, saya menghantar bbm bertanya kalau beliau ingin dimasakkan Laksa Penang dan meminta dibelikan bahan bahannya sekali. Memang lama betul saya tak membuat laksa penang ni selepas bekas pembantu rumah saya dah pandai membuat laksa. Senang kan? Ajar maid sampai dia pandai dan kita boleh relax, dia bekerja dengan kami selama 18 tahun sehingga lah dia berhenti 2 tahun sebelum kami berpindah ke Kota Damansara. Saya pun memang tak bercadang untuk mencari pembantu rumah lagi. 

Berbalik pada resepi laksa ini, saya belajar dari sahabat baik saya Yarina yang pada mulanya memberi sukatan yang agak tepat tapi bila dah pandai, saya main agak agak dan campak campakkan jer. My hubby memang suka laksa, jadi saya terpaksa belajar dan selalu juga memasak untuk jamuan rumah terbuka kami di USJ dulu. Saya mula menggemari laksa hanya selepas pekena laksa penarak di Langkawi. Setiap kali ke sana, saya akan brunch dengan laksa penarak dan siap bungkus untuk makan petang dan malam di hotel lagi. 

Satu hari tu, semasa ke gerai laksa penarak, saya ambil kesempatan masuk ke dapur dan bertanya dengan kakak yang kebetulan tengah menyediakan kuah laksa. Dia memberi sedikit panduan lah. Dia menggunakan sukatan blender, seperti 10 kg ikan dengan 1 blender bawang besar, lebih kurang macam tu lah. Saya ada catit tapi hari ini memang tak buat rujukan pun kerana resepi tu ada disimpan dengan PC di pejabat. Hari ini memang ikut resepi Yarina dulu jer. Sebenarnya sama sahaja cuma yang laksa penarak, sukatan bahan bahan sahaja yang berbeza. 


Apa apa pun hari ini saya puas hati kerana dapat juga menyediakan sedikit juadah dari Azie Kitchen untuk tetamu tetamu kami. Kembang hidung sat bila hubby memuji keenakan laksa saya.  hahaha thank you, Laling.  Lagipun ikan yang digunakan hari ini sangat segar kerana baru sampai di kedai runcit semasa hubby membelinya. Jadi kuah laksa terasa sangat manis isi ikan, bukan manis gula tau. 

Jom layan resepi yang saya gunakan.




Laksa Penang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam

Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.








Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.


 
 



Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.








Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris. 








Enjoy ....





45 comments:

  1. walllah... sedapnya...
    feveret sangat laksa ni...
    makan hari2 pun tak jemu kan...

    ReplyDelete
  2. Laksa ni buat I terliur la pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira akhirnya berjaya membuat laksa yang sedap dan secukup rasa

      Delete
  3. Balqis, lebih sedap bila kita menggunakan ikan yang banyak dan segar

    ReplyDelete
  4. hmmmm.sedapnyaaaaa.terliurlah :)

    ReplyDelete
  5. Ili, kalau selepas sehari kuah lagi bertambah sedap

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan Azie. Kak Noor kalau bab laksa ni, satu hari tak makan nasi pun tak kisah. Ulang makan laksa sahaja dari pagi sehingga ke malam. Tapi mesti pastikan laksanya laksa beras, jangan laksa berkanji, tak sedap jadinya walaupun kuah sedap. Kalau kuah dah dua hari lagi sedap kan! Kalau dah habis laksa, kuah masih ada, Kak Noor celur bihun pulak. Senang-senang nanti jengahlah dapur Kak Noor pulak. Ada juga resepi laksa Penang masakan keluarga turun temurun. Kak Noor dah follow Azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kak Noor. Terima kasih kerana follow my blog. I pun dah add link to my blog list. Kak Noor tak ada blog list ya. Ohh nanti nak cari resepi laksa sebab my hubby memang suka laksa Penang. Hari tu tak jumpa laksa beras, terpaksa guna laksa berkanji. Kalau kuah dah kering, mcm mana Kak Noor buat ya. Nak juga belajar tips dari Kak Noor

      Delete
  7. salam,resepi diatas biasanya utk brp org. Satu lagi cantik set pinggan tu ,jenama apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, biasanya boleh dimakan sehingga 15 orang. Ohh pinggan tu jenama portmeirion.

      Delete
  8. salam..sedapnye nampak laksa penang tu.lama x makan laksa sejak 2001 dan kemabali lagi kad jakarta ni. thanks dah bagi resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Kalau dimasak sendiri, pasti sedap kerana ikan dimasukkan banyak dan segar. Begitu juga bahan bahan lain.

      Delete
    2. Laksa penang.. My fav 2..

      Delete
  9. Esok...free nk test cook laksa ni...tgk telioQ jga.......pe2 tQ info resepi kak azie

    ReplyDelete
  10. Kak azie pe beza rasa kalau letak lengkuas n bayang serai erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudir,
      Saya tak letak pun lengkuas atau serai.

      Delete
    2. Assalammualaikum saya baru mengenali puan mohon share resepi2 yg puan wallkan

      Delete
  11. Thanks for sharing this recipe. Last two week mak mentua teringin nak makan laksa cari kat bazar its either finish or x jual. So. Nekad buat untuk dia..alhamdulillah walaupun 1st time buat laksa it was a big hit! Even my husband yg x minat laksa pun suka makan. Thanks again kak.

    ReplyDelete
  12. Kak Azie, agak2 2kg ikan kembung untuk berapa orang makan ya?

    ReplyDelete
  13. Assalam .. mohon share resepi laksa Penang untuk blog saya. Hari tu pekena Laksa Penang di esplanade Fort Cornwallis..sebab sangat sedap kenalah buh resepi sekali.. terimakasih di atas ilmu yg bermnfaat!

    ReplyDelete
  14. Resepi ni utk berapa orang makan?

    ReplyDelete
  15. nk link jgk .. :'( kite sllu follow resepi2 awk sblom mla msk .. :-)

    ReplyDelete
  16. Dah biasa masak laksa, tp nak jugak google resepi, tabiat..cara k.azie masak laksa sama mcm saya, bahan2 die simple jek, cuma sy tak suka letak daun pudina...hari ni nak masak laksa lah setelah hmpir 3 bln dapur tak berasap sjk preggy nih.. tunjuk gmbr laksa akk ni kt ank sulung...terus suruh msk..hiii,

    ReplyDelete
  17. Wah sedapnya. Tak reti sangat memasak tapi resepi laksa ni nampak macam senang je. Insyallah akan dicuba. Thanks ye.

    ReplyDelete
  18. Saya nk masak laksa pulak hr ni..terliuq tgk laksa kal azie...

    ReplyDelete
  19. sedapnye laksa..saya suke juge..k.azie dok kota damansara lagi ke?

    ReplyDelete
  20. Pn Azie cantik..mangkuk laksa yg hitam tu pun cute...saya memang peminat tegar laksa. sanggup x makan nasi..sampai anak-anak kata mak ni x habis2 laksa..nk buat cmana, dah minat.

    ReplyDelete
  21. http://www.tokoperabot.com/meja-rias/meja-rias-lengkung-warna-putih-terbaru/

    ReplyDelete
  22. terima kasih,sy suka baca resepi azie kitchen nih.. sy org sarawak tp bljr msak laksa penang utk suami tercinta

    ReplyDelete
  23. Sy pun selalu rujuk blog azie.mohon halalkan ye

    ReplyDelete
  24. suka tgok resipi dr azie kitchen mmg menjadi,, cuma nape ya sis,, kita masak rasa tk sama sdgkn dh pernh masak masakan berkenaan,, adakah jarang memasak atau sukatan yg tidak sama

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas perkongsian resepinya.saya sekeluarga ambil resepinya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya...

    ReplyDelete
  26. In sha Allah kjp lg nk buat laksa penang husbnd nk mkn. Terima kasih kak zie byk resepi yg za buat, dlm bulan ramadan blog k.zie la yg dok buka hari2, hanya Allah yg mampu bls segala kebaikkan k.zie atas perkongsian ni. Za mtk halal semua ya :-)

    ReplyDelete
  27. Salam sis.mohon share resepi ye.thankyuuu๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum azie Salam perkenalan, nak tanya, cili kisah ni cili boh ke? ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ Makasih azie

    ReplyDelete
  29. Terima kasih resepi nyer. ..sy dah buat memang sedap. ..semoga Allah memberi ganjaran pahala pd puan. ..aamiin

    ReplyDelete
  30. Nk try buat esok utk berbuka..tq in advance puan azie๐Ÿ˜€ sy mmg suke tgk resepi dr blog puan..mudah fhm๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.