Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

18 Mac 2012

Pertemuan With My Best Friend Forever




Walaupun sebelum ini kami telah bertemu di majlis resepsi perkahwinan Naim, anak Kak Ana di Dewan Perdana FELDA namun pertemuan santai di rumah saya kali ini, amat bermakna. Ia membangkitkan kembali kenangan sewaktu kami bekerja di bawah satu jabatan beberapa tahun dahulu.  Keakraban persahabatan kami, menjadikan perasaan kasih sayang amat menebal walaupun ianya tidak terluahkan oleh kata kata.

Di dalam pertemuan ini, banyak cerita yang diborak dan disembangkan. Dari hal diri sendiri, anak anak, menantu, ustaz ustaz, kawan kawan lama dan macam macam topik. Seperti dulu juga, kami berebut rebut untuk bercakap dahulu dan menyampuk. Memang riuh rendah dan meriah. Aduhai, dirasakan waktu yang pantas berlalu sangat mencemburui kami. Bukan sahaja bercakap hal hal dunia, Kak Ana dan Rin juga berkongsi berkenaan blog dan page yang saya boleh buka untuk belajar berkenaan hal hal ugama jika kita tidak punya masa untuk menghadiri kuliah kuliah yang diadakan di masjid masjid. Maklumlah kami semua bukan lagi muda seperti dulu, Kak Ana siap memberi nasihat, umur macam kita tak boleh lagi tinggalkan solat, Zie sambil dia menuju ke guest room untuk menunaikan solat Asar bersama Rin. Sementara menunggu solat Maghrib, kami sempat bergossip sekejap. Hahaha bercerita perkembangan kawan kawan yang dah lama tak bersua muka. Walaupun dalam waktu yang singkat, banyak perkongsian dan ilmu yang dikongsi oleh 2 sahabat. Nampak gaya macam Azie dah tertinggal kapal jer. Tak apa, selagi nyawa dikandung badan, pasti ada masa untuk membuat perubahan, mulai hari ini juga. Antaranya yang ingin saya kongsikan di sini ialah redha at the point of impact. Jangan menjerit melolong dulu, baru nak redha. Syurga balasannya. Saya ingin belajar banyak berkenaan dengan perkara ini kerana saya inginkan balasan syurga.

Semoga persahabatan ini akan kekal abadi selamanya. Tak lupa terima kasih atas buah tangan untuk Nur Qaseh. You are my best friend forever, Kak Ana and Rin.


2 ulasan:

  1. Dari dulu lagi saya kagum dengan Azie ini. Apa saja yang di lakukan zie akan pelan dan pelan. Bukan itu saja, beliau akan tanya dan tanya untuk mendapat berbagai- bagai pendapat. Resultnya hasil yang di perolehi is always the best atau setidak tidaknya near the best. Sempat menunjukan se lambak buku Hiasan Dalaman dalam bilik guest room rumah zie, saya cakap ke Reen hasilnya adalah bungalow ini yang tersergam indah. Kami terkedu bagaimana Zie boleh menyiapkan bungalow se indah dengan harga yang amat berpatutan itu sendiri dari peringkat drawing board,kemudian dia lah architect, dia lah engineer, dia lah technician, dia lah Perchaser, dialah administrator, segala-segalanya dia lah. Jarang orang dapat melakukannya.

    According to ghani, zie masih tak mahu berpindah walau rumah telah 95% siap.Katanya masih ada yang perlu di buat. Sayang suami tiada batasnya dan dia faham isterinya sebenar benarnya. So bila Zie keluar negara, Ghani bersama anak2nya berpindah rumah, membila perabut, menempah langsir etc. Memahami Zie deco pilihan zie mesti kebali-balian sedikit.....tapi deco pilihan Ghani dan anak2 minimalis....hasil sentuhan semua ahli keluarga sebuah istana cinta yang amat syahdu....
    Villa Nur Qaseh.

    To Ghani you have done the right thing, kalau tidak zie masih di rumah lama di Subang Jaya.

    Kenangan indah di suatu petang ahad dengan di temani BBF , makanan yang lazat dan tiupan bayu sepoi sepoi bahasa dari tasik di seberang jalan di Villa nur Qaseh.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak Ana atas kunjungan ke rumah kami. Hidup saya kembali berlagu riang dengan kehadiran semula geng geng lama kita terutama Kak Ana dan keluarga yang amat dirindui selama ini. I pun sehingga kini masih seperti tidak percaya mampu membina sendiri rumah ini apalagi dengan jumlah loan yang sedikit. Pengalaman semasa membinanya banyak mengajar erti ketabahan dan kesabaran. Kami travel ke merata rata tempat dalam dan luar negara to source for the material including Vietnam, Bali, Surabaya, Dubai, Hatyai. Termasuklah membuat pembelian secara online dari USA, Tawau, Terengganu dan banyak lagi. Setiap hari selepas waktu pejabat, akan singgah untuk memeriksa kerja kerja yang telah dilakukan dan memberi komen apa yang perlu diubah dsb. My hubby pulak bertanggungjawab sepenuhnya atas dekorasi rumah ini.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.