Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Mac 2012

Nasi Goreng Ikan Masin Sempoi Untuk Sarapan




Pagi pagi lagi saya dah turun ke taman, membaja pokok, membuang rumput rampai sedikit sebanyak, menyiram dan mengutip daun daun frangipani yang jatuh bertaburan di atas rumput yang mula menghijau.  Seronok mata memandang pokok pokok yang mula menghijau selepas di baja.  Sayang sekali kalau lah majalah LAMAN datang buat photoshoot minggu ini, tentunya pokok lebih subur menghijau dari minggu lepas.

Selesai tugas tugas taman, saya duduk pula di tepi kolam untuk memberi ikan ikan makan.  Mereka memang tertunggu tunggu kedatangan saya.  Malahan bila pagi pagi saya membuka pintu jer, mereka dah berkumpul di corner yang selalu saya menaburkan makanan.  Mereka dah dapat mengecam bunyi kunci pintu rumah  sedang dibuka.

Lepas itu baru saya masuk dapur, rasa nya hari ni macam malas sikit nak memasak apa apa. Tak ada rancangan atau menu spesifik pun untuk hari ini sehingga ke saat saya sedang membuat entri ini.  Mungkin nak keluar untuk bonding dengan anak anak kerana tak lama lagi birthday Juita.  Elok juga kalau dapat meraikannya lebih awal.  Dalam begitu pun, saya nampak ada nasi lebih semalam, jadi saya terus memasak nasi goreng. Oleh kerana ada lagi baki ikan jeruk dalam peti ais, jadi lah nasi goreng ikan masin yang sempoi untuk sarapan pagi ini.  Jom layan ...

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan bahan:
3- 4 cawan nasi putih
1 cili merah besar
2 bawang merah
3 bawang putih - hiris
2 keping ikan jeruk1/2 cawan sayur campuran

2 telurGaram



Tumbuk cili merah dan bawang merah, manakala bawang putih pula dihiris kerana saya lebih suka bawang putih yang boleh dikunyah.

Panaskan minyak, goreng ikan jeruk sambil dihancur hancur kan dengan senduk.  Masukkan bahan tumbuk dan bawang putih hiris.  Masak sehingga agak garing dan wangi.



Masukkan pula sayur campuran dan goreng sebentar supaya masak sebelum dituangkan telur.  Terus masukkan nasi dan dikacau rata supaya nasi bersalut dengan telur.



Akhir sekali masukkan garam. Jangan banyak kalau ikan jeruk dah masin. Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bawang goreng dan daun saderi.


Selamat bersarapan di hari minggu...



Enjoy ....

   

2 ulasan:

  1. Nampak sedap. Tapi kalau nak lebih uuumph perlulah disaji dengan teh arab panas(teh dicampur dengan daun pudina)

    BalasPadam
  2. Ohh rumah kami ada daun mint tu tapi tak pula teringat nak buat teh arab. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.