Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

17 Mac 2012

Mee Rebus Johor Untuk Cik Ana dan Cik Rina Yang Disayangi






Saya tercari cari resepi mee rebus sejak seminggu yang lalu untuk hidangan  tetamu istimewa yang akan berkunjung. Jadi apabila terbaca komen komen mengenai keenakan mee rebus ini, saya terus menyalin ke dalam ipad. 


Hari ini pagi pagi lagi saya sudah masuk ke dapur untuk memasak hidangan petang sempena kunjungan sahabat saya, Cik Ana dan Cik Rina ke Villa Nur Qaseh. Rindu  dan tak sabar untuk bertemu sehingga malam tadi saya terbawa bawa ke dalam mimpi.  Lama betul tak bersembang dan berborak seperti 20 tahun lepas.  They are my best friend forever, walaupun jauh di mata, dek kesibukan masing masing, namun mereka teramatlah dekat di hati saya sepanjang masa dan sampai bila bila. 

Saya sebenarnya teragak agak juga untuk memasak mee rebus kerana Kak Ana, memang hebat kalau dalam bab memasak masakan Johor seperti laksa johor dsb.  Hahaha bukan apa takut tak menjadi lah pulak. Maklum juri besar  Master Chef ni kalau beri komen, saya mesti terima nya. Begitu juga dengan Rin yang juga sahabat sejak berpuluh tahun lamanya. Semua kenangan semasa bekerja di bawah satu jabatan masih kekal di ingatan. Tapi kegusaran saya hilang apabila melihat Kak Ana dan Rin makan mee rebus tanpa sebarang komen. Hubby as usual la, pasti memuji masakan saya termasuk lah mee rebus ini. Sebagai percubaan pertama, saya merasa puas sekali kerana berjaya memasak mee rebus untuk hidangan rakan rakan yang amat dirindui.

Kunjungan mereka berdua bersama hubby masing masing amat bermakna kepada saya kerana inilah kunjungan pertama mereka. Kami bersembang dan berborak sepuas puasnya dan teringat 20 tahun yang lalu bila kami bersembang sewaktu lunch time di pejabat.  Ada ada jer cerita yang kami kongsikan.  

Jom kita layan resepi untuk mee rebus yang saya guna pada hari ini.  Saya tak dapat menyediakan tepung udang kering kerana blender kering belum lagi dibeli.  Terima kasih kepada BR yang berkongsi resepi. Ilmu perlu dikongsi, baru lah kita mendapat ganjarannya. Layannn ...


 
Mee Rebus

Bahan bahan:
1½ kg mee kuning (dicelur)

 Bahan Kuah
1 cawan udang geragau* (saya ganti dg udang hidup)
3 sb udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2 ½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sb penuh rempah kari ikan
6 sb penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
Sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar) - (optional)
1½ – 2 liter air (di ambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
3 senduk minyak masak.
Garam dan gula secukupnya

Cara cara:
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dengan rempah kari ikan. Gaul rata.


Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing.





Masukkan daging/tetelan, taucho, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula.







Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dengan selera anda.




Biarkan kuah mendidih baru diangkat.


Bahan Taburan (Garnishing)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)
Daun sup/bawang

Lada hijau/merah
Bawang goreng
Tauhu goreng
Limau kasturi
Telur rebus.

Taburan Tepung Udang Kering
Bahan bahan
1/2 cawan udang kering, dikisar
80 g tepung gandum
¼ sk serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.




Nota:
Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya.

Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari !

Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tepung jagung utk memekatkan kuah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.