Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

25 Mar 2012

La la la Kuih Bakar Pandan




La la la hati saya memang berlagu riang hari ini walaupun ada kesedihan dan sedikit terkilan. Apa apa pun, perlu bersyukur. Bersedih dengan pemergian bonda Izzad ke rahmatullah secara tiba tiba. Semoga roh beliau dirahmati Allah dan tergolong dalam golongan orang orang yang soleh. Amin. Terkilan kerana tak terjaga untuk solat tahajjud. Gembira kenapa pulak? Yang itu, kena baca sampai habis ler...


Tengahari semalam saya dan hubby ke Seremban, mengunjungi rumah Razali dan Liza, kawan lama yang dah bertahun tahun tak bersua. Terlerai rindu pada masakan lemak cili padi yang Liza masak sewaktu kami mengunjunginya di Teluk Intan berbelas tahun dulu yang keenakannya kekal dalam ingatan sehingga kini. Kali ini kami dihidangkan dengan masak lemak cili padi udang, sup ikan, rendang itik stail Negeri Sembilan, ikan sweet sour dan juga ulam peria katak yang memang kali pertama saya makan secara mentah. Aduhai sedap sungguh makan tengahari kami. Syukur ke hadrat Illahi dengan rezeki yang diberi.

Apa yang nak saya kongsikan di sini ialah Liza menghidangkan kuih bakar pandan yang sangat sedap dan garing berkerak. Alahai sedap sangat sampai beberapa ketul habis dalam sekelip mata. Liza siap bercerita lagi kuih bakar ini sedap kerana banyak telur digunakan, dalam hati terus berkata kata bila balik nak cari resepi baru kuih bakar pandan. Sebelum ini saya pernah membuat kuih bakar pandan menggunakan resepi yang sama tapi tak salah untuk terus belajar dan mencuba resepi resepi baru pula kan? Klik di SINI untuk entri saya sebelum ini. 

Kali ini saya bakar dalam bekas bahulu kemboja dan juga bekas muffin yang kecil kecil supaya senang dimakan tanpa perlu dipotong. Sedap sangat sampai tak sedar satu demi satu masuk mulut. Lebih lebih lagi tak payah dipotong, lagi senang, main ambik jer.

Pagi tadi saya dengan Aween mengadap depan PC  sampai pukul 3 pagi untuk restore IPad yang entah mana silapnya tak dapat nak create new notes, jadi susah lah untuk saya menyalin resepi baru. Itu yang sanggup bersengkang mata untuk update dan restore yang memakan masa berjam jam lamanya, malah kena sambung pagi ini. Happy sangat bila masalah selesai. Dan inilah dia...




Kuih Bakar Pandan
Sumber: zana@ Myresepi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan 
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya kurangkan 1 sudu besar gula)
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (guna santan)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pandan paste ( opsyenal)
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).

Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.