Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

13 Mar 2012

Azie Dalam Majalah MIDI 15 Mac 2012





Alahai malulah tengok gambar saya yang besar dalam majalah MIDI 15 Mac 2012. Hmm saya tak ditunjukkan terlebih dahulu gambar itu. Huhuhu nampak berisi dari posisi tersebut. Apa apa pun saya mengambilnya positif dan sekarang sedang berusaha untuk mengurangkan sedikit berat badan sesuai dengan usia. Ya lah dah usia macam ni kalau kurus sangat pun tak elok, kalau gemuk sangat, banyak pulak kesusahan dan kepayahan selain dari penyakit. Pendek kata ianya perlu sesuai dengan usia saya. Ternyata majalah MIDI banyak memberi tips berguna untuk wanita yang telah mencapai usia MIDI terutamanya. Tips menjaga kesihatan, pemakanan, mengekalkan berat badan di samping cara berpakaian. Kalau kita dah berusia, sesuai dengan warna tertentu, make up tertentu. Tak boleh lah nak bermake up tebal macam artis pulak kan? Semua itu, perlu kita pelajari semula. dsb. Memang berguna sekali.

Selaras dengan perubahan usia, banyak juga perubahan yang saya alami dalam kehidupan, termasuk dalam minat dan citarasa. Sesuatu yang tidak kita sukai suatu masa dahulu bertukar sebaliknya. Itulah lumrah kehidupan. Benci boleh bertukar sayang, sayang boleh bertukar benci. Rasa macam mimpi bila saya masuk magazine kerana ruangan yang berkaitan dengan dapur dan masakan, sesuatu yang saya dikenali ramai di kalangan kawan kawan rapat sebagai seorang yang tidak gemar ke dapur, apa lagi memasak. Tapi itulah saya pada hari ini dan sehingga hari ini.

Jom layan dulu....






2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.