Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Mar 2012

Apple Cream Tart




Semasa sedang membuat update blog ter tonton rancangan afc yang kebetulan sedang ke udara. Saya jarang berkesempatan untuk duduk depan TV untuk menonton sesuatu rancangan. Kebiasaannya saya menonton sesuatu rancangan atau drama atau apa sahaja yang memang kebetulan disiarkan semasa saya sedang duduk duduk di ruang keluarga.






Saya terus mencari bahan bahan diperlukan untuk membuat apple tart di Cold Storage, OU yang memang simple sahaja dan cara memasaknya juga sangat ringkas dan yang paling penting menyihatkan. Ye ke menyihatkan? Dengan cheese cream bagai tu. Hihihihi sekali sekala kan. Selepas sahaja selesai memasak beriani kambing Pakistan, saya mula membuat crust untuk apple tart dan Juita membuat filling dengan dibantu oleh Along. Tapi sayang lah sebab Angah tak sempat menikmati apple tart yang sedap ini.  Memang sedap dan harum sekali baunya. Bau cinnamon yang memang best lah..

Jom layan resepinya ...



Apple Cream Tart 
Show: French Food at Home3
Chef: Laura Calder 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Crust:
1/2 cawan/110 g butter
1/3 cawan/70 g gula
1/2 sk vanilla
1 cawan/125 g tepung gandum (tambah lagi 1 sb)

Cream filling:
1 telur
1/2 sk vanilla
8 oz/225 g cream cheese, softened
1/4 cawan/55 g gula

Topping:
3 epal, kupas dan hiris nipis
1/4 cawan/55 g gula
1/2 sk cinnamon
1/4 cawan/30 g slivered almonds or chopped walnuts


Cara cara:
Panaskan oven pada 200°C.

Untuk kulit:
Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan vanila.

Masukkan tepung untuk menghasilkan doh. Tekan atas acuan tart spring form 8 inci/20 dengan ketebalan sebanyak 1 inci/2.5 cm.




Bakar selama 15 minit sehingga sedikit keperangan. Keluarkan dari oven.


Sementara crust sedang dibakar, satukan semua bahan untuk cream filling dan putar sehingga sebati.

Sediakan topping dengan menggaul rata hirisan epal dengan cinnamon, gula dan kekacang tadi.



Keluarkan kulit tart dari oven. Ratakan bancuhan cream. Susun hirisan epal di atasnya dan taburkan dengan kekacang. 





Bakar sehingga epal menjadi lembut dan berwarna keperangan lebih kurang dalam 40 minit.





Boleh lah dipotong dan dihidangkan sebagai hidangan dessert.







Enjoy....

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Azie.

    Mohon share di blog saya ye.
    Syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Can link to my blog for step by step with pictures

      Delete
  2. epal tuh pakai epal hijau/epal merah?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.