Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

29 Mac 2012

Aduhai Nasi Lemak Nur Qaseh





Huhuhu dah tahu malam hari tak boleh makan heavy, masak juga nasi lemak, apa citer? Apa nak buat, saya bekerja dan hanya boleh memasak waktu malam sahaja.  Memang saya dah boleh nak mengawal selera terutama masakan saya sendiri yang sesuai dengan selera, lagi lah bertambah tambah. Serius saya rasa sangat bersalah dengan diri sendiri. Nasi lemak ala ala Nasi Lemak Sahor malam ni sangat sangat sangat sedap. Siap minta hubby ke kedai runcit beli santan segar, tak mahu guna santan kotak bagi memastikan nasi lemak ini cukup lemak dan kaw. Apa sebabnya ya? Hanya saya saja yang tahu sebabnya, cuma saya belum bersedia untuk menulisnya di sini.... 

Berbalik pada nasi lemak malam ni, memang langsung tak plan untuk memasak pun tapi bila terpandang blog Kkida ada gambar sambal tumis telur rebus, terus jadi sangat terliur. Spontan jer masuk dapur terus rebus telur. Lepas tu, baru fikir untuk memasak nasi lemak kerana lebih simple dan tak perlu memasak banyak lauk pauk. Hubby pulak menambah, kalau telur jer tak cukup, kena pulak keluarkan ayam untuk digoreng garam kunyit. Wangi jer bila menggunakan kunyit hidup. Itu sahaja lauk nasi lemak kami malam ni tapi memang sedap dan berselera sekali. Saya namakan nasi lemak ini sebagai Nasi Lemak Nur Qaseh lah... 

Jom layan resepi dan gambar gambar.... 





Nasi Lemak Nur Qaseh 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
3 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
1 serai - ketuk 
2 daun pandan - simpul 
1 sb mentega 
Minyak masak 
Santan 
Garam 
Serbuk kunyit 

Cara cara 
Panaskan minyak dan 1 sudu makan mentega. Tumis halia, bawang, serai dan daun pandan sehingga bawang layu dan wangi. 




Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga rata. 




Tuangkan santan dan air secukupnya. Masukkan garam dan sedikit serbuk kunyit bagi menaikkan warna. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak lah seperti biasa. 




Hidangkan bersama Sambal Tumis Telur, Ayam Goreng garam kunyit dan hirisan timun. 


 
Aduhaaiii tak terkata dibuatnya ...




Enjoy ...



5 ulasan:

  1. Kak, sy suka tgk resepi kat blog akk. Mostly semua resepi yg sy cuba jadi! Thanks kongsi ilmu msk2 :)

    BalasPadam
  2. Kak, boleh saya tau brapa byk air dan santan harus digunakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air bergantung kepada beras masing masing. Kalau memasak nasi menggunakan beras yg sama, berapa agak agak sukatan air yang digunakan. Santan pun setelah dicampurkan dg air, akan menjadi cairan yang bergantung kpd beras. Lagi banyak santan, lagi lemak dan sedap

      Padam
  3. Kak nak tanye..akk gune beras jenama ape? Cantik Kejadian nasi nye ☺

    -dayah-

    BalasPadam
  4. Terima kasih sb berkongsi resepi masakan.....mng berbaloi2...bahan pun sng d dpti dn mudah...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.