Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Roti Pandan Kukus Untuk Jamuan Di Pejabat


Puding Roti Pandan Kukus

Petang tadi saya sempat membuat bubur pulut hitam lagi.  Bukan apa, tapi kerana tak mahu membazir susu cair yang dah dibuka sebelum ini.  Bila dibuat bubur, boleh lah diguna sampai habis susu itu.  Selain itu, malam tadi selepas  solat Isyak, saya mula membuat Puding Roti Pandan Kukus untuk dibawa ke pejabat esok bagi jamuan sempena meraikan Boss baru.  Memang tak dirancang pun untuk saya membuatnya kerana seksyen kami telah pun membuat tempahan kuih.  Tapi rasa tak sedap pulak jika saya datang ke pejabat dengan tangan kosong sedangkan hari hari lain, saya memasak dan membawa kuih ke pejabat.

Saya memilih kuih ini kerana ianya mudah disediakan dan rasanya pun sangat sedap dan wangi dengan bauan daun pandan.  Apa apa pun, ini adalah sumbangan ikhlas saya untuk kawan kawan di pejabat.  Resepi dah ada sebelum ini.  Tapi kalau susah nak mencarinya, klik jer di SINI.


Puding Roti Pandan Kukus

Sediakan bahan bahan diperlukan.  Kisar daun pandan secukupnya dengan air untuk mendapatkan jus pandan.





Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali roti.  Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan ke dalam blender, blend dan tapis.









Rendamkan roti ke dalam bancuhan tadi.  Ambil sekeping sekeping dan susun dalam loyang yang telah disapu minyak.  Taburkan kismis secukupnya untuk hiasan. Tuang lebihan ke atasnya. Sedia untuk dikukus.








Panaskan periuk pengukus dan kukus dalam 20 minit atau sehingga masak dengan api besar. Balut tutup pengukus dengan tuala.





Disimpan di dalam peti ais sebelum dihidangkan sejuk sejuk, sangat enak dan nyaman sekali.






Enjoy ...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Puding Roti Pandan Kukus Untuk Jamuan Di Pejabat"