Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Marble Cake



Marble Cake



Saya hanya lepak lepak selepas sarapan pagi, badan rasa lemah lemah dan sejak 2 hari lepas, mula kena vertigo yang perlukan saya berehat. Tapi bila badan jer berehat tapi minda tak rehat pun tak jadi juga. Memang saya tak reti duduk saja saja. Jadi teringatkan sour cream yang saya beli di Village Grocer tempohari yang dah hampir expiry date. Terpaksalah juga saya memasakkan sesuatu yang menggunakan sour cream. 

Haaaa itu yang teringat Kek Marble CT yang menggunakan sour cream. Hari tu, saya terpandang Kek Marble CT yang berwarna pink dan hijau yang nampak lembut manja gitu, amat menawan hati.  

Saya memang menggemari kek plain seperti kek marble ni. Yang cheese atau chocolate tu, kurang sikit lah.  Al maklum saya ni budak kampung yang dari kecil tak biasa makan itu semua.  Hanya tahu makan kek kosong jer.  



Marble Cake

Marble Cake 
Sumber : CT
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan :
4 biji telur gred A
200 ml krim masam
120 gm butter - dicairkan
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung 
1 sudu teh soda bikarbonat + 1 sudu teh cuka masak
1 sudu besar susu tepung (resepi asal serbuk koko)

Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu selama 5 minit.

2. Masukkan butter cair dan krim masam. Masukkan tepung, campuran soda dan cuka. Pukul lagi pada kelajuan sederhana. 

3. Adunan dibahagi dua, satu campurkan dengan serbuk koko. (Bahagi 3 dan warnakan berasingan setiap satu).

4. Masukkan adunan kedalam loyang beralas dan bergris secara berselang-seli. Bakar pada suhu 175C selama 40minit atau hingga masak.



Marble Cake



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Marble Cake"

  1. Alahaiii.. sedappp nyeee.. :)

    malas nk buat.. order je bolehh..??? hehheheheee

    BalasPadam
  2. Mula2 sy blajar masak kwn sy suggest ikut resepi pn azie.. mmg xmnghampakan dan mmg tulus ikhlas pn azie mmberi ilmu masakan.. semuanya mnjadi bla sy ikut resepi pn... moga allah lindungi pn skuaga amin...

    BalasPadam
  3. Mula2 sy blajar masak kwn sy suggest ikut resepi pn azie.. mmg xmnghampakan dan mmg tulus ikhlas pn azie mmberi ilmu masakan.. semuanya mnjadi bla sy ikut resepi pn... moga allah lindungi pn skuaga amin...

    BalasPadam