Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

16 Feb 2012

Mabeles Homemade Stuffed Crust Tuna Pizza





Saya masih menyimpan 1 bahagian dari doh pizza di dalam peti ais. Jadi penyediaan pizza malam ini menjadi sangat cepat. Keluarkan dari peti dan biarkan seketika sebelum mula mencanai untuk dibuat stuffed crust tuna pizza. Oleh kerana Juita mahukan crust yang nipis, saya menyediakan 2 pizza crust dengan 1 pizza bersaiz kecil.  Kalau nak tengok cara membuat doh pizza, boleh klik di SINI ya.

Jom tengok gambar gambarnya ...





Homemade Stuffed Crust Tuna Pizza
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Tuna 
Sedikit filamen crab
Nenas dalam tin
Green capsicum
Bawang besar kuning
Pizza sauce
Itallian herbs
Pizza plus cheese
String Cheese (sticks)


Mula mula canai doh pizza dengan melebihi saiz pizza pan dalam 1 inci.  Letakkan string cheese di sekeliling pan dan ditutup dengan lebihan doh tadi.










Letak sos pizza di tengah tengah doh dan ratakan dengan belakang sudu dengan pergerakan membulat di serata permukaan doh pizza. 


Taburkan  itallian herbs. Kemudian tabur sedikit cheese parut sebelum diletakkan bawang besar dan nenas.



Letak pula tuna dan filamen crab. Akhir sekali tabur cheese parut.




Sapu permukaan sekeliling doh dengan olive oil.






Bakar dalam suhu 250C selama 5 minit dan kurangkan ke 220C selama 15 minit lagi atau sehingga crust bertukar keperangan.





Bolehlah diangkat dan pindah ke atas papan pemotong.  Potong dengan pisau pemotong pizza dan hidangkan panas panas.







Enjoy ...

7 comments:

  1. kak ... mohon share ilmu ni yer ... insyaallah jadi... kejap lg nak buat ... terliur sudahhhh .... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. PS, silakan. Nnt boleh share dg kawan kawan pula

      Delete
  2. kak cara bakar mcm.mana.. guna api atas bawah ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau resepi tak sebut secara spesifik, maknanya atas bawah lah.

      Delete
  3. salam kakzie, tak sabau nk balik petang ni nk try :)

    ReplyDelete
  4. salam kak mana nak dapat pizza sauce tu ? giant or tesco ade ke kak?

    ReplyDelete
  5. Esok nk try buat . Nmpak sdap sgt akk buat :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.