Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

29 Feb 2012

Lala Goreng Bercili Lagi



Untuk makan malam ni, saya masakkan lala goreng bercili yang memang menjadi kegemaran Aween. Dia memang suka makan lala, tak pernah jemu jemu. Kalau masak satu kuali tu, dia boleh habiskan seorang jer. Dia suka meratah lala begitu sahaja, bukan makan dengan nasi pun. Boleh tengok masakan lala sebelum ini di SINI.

Jom layan resepi dan gambar gambarnya ...


Lala Goreng Bercili


Bahan bahan:
3 cili merah
3 bawang merah
2 bawang putih
Sedikit halia
2 serai - ketuk
Garam
Gula


Cara cara:
Blend cili merah, bawang merah dan putih serta halia.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar serta serai sehingga naik minyak dan wangi. 




Masukkan lala dan dikacau rata rata.




Masukkan garam dan gula.  Goreng sehingga lala masak.  Bolehlah tutup api dan diangkat.




Selamat mencuba ...





2 comments:

  1. Saya suka try resepi kat sini sebab simple mudah dan jadi . terima kasih admin

    Sgt berguna bgi yg tak pandai msk mcm sy

    ReplyDelete
  2. Setakat nie.. sy cuba resipi2 azie kitchen.. mmg tk pernah mengecewakan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.