Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

23 Feb 2012

Keluarga Syurgawi

Ini adalah antara nota dan catatan saya bila mendengar ceramah dari Dato Ustazah Siti Nor Baayah dan Ustaz Wan Akasyah tengahari tadi dalam program Semanis Kurma dengam tajuk Keluarga Syurgawi yang diadakan di pejabat saya. Saya postkan di sini untuk peringatan pada diri sendiri dan sahabat sahabat semua.

Jangan mengeluh, jangan merungut dan jangan menyesal adalah perkara utama untuk menjadi seorang yang bahagia. Ada 7 asas untuk mencipta keluarga syurgawi.

1. Iman dan Taqwa. Mencari jodoh dengan mencari keredhaan Allah. Melakukan solat sunat istikharah. Suami yang beriman dan bertaqwa akan membimbing isteri dan anak anak menjadi seorang yang soleh dan solehah.

2. Kasih Sayang. Sayang mesti ditunjukkan dengan perkataan dan tingkah laku. Memanggil pasangan dengan panggilan mesra. Menunjukkan dengan perbuatan seperti memberi hadiah pada hari hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan dan hari jadi.

3.  Perkataan dan tingkah laku. Ia berasaskan prinsip 5S. Senyum, Salam, Sapaan, Sopan dan Santun.

4.  Amanah dan tanggungjawab. Anak anak adalah amanah Allah. Ibu bapa akan dipersoal satu persatu di hadapan Allah tentang tanggungjawab dan amanah yang dijalankan pada anak anak.

5.  Rezeki yang halal. Ada kaitan dengan bahagia. Kalau tangan yang tidak luka, tak akan rasa pedih walaupun dipicit asam limau. Bahagia terletak pada hati. Kalau hati sihat, apa ujian sekali pun, akan hadapi dengan tenang. Semua manusia akan diuji samada uji dengan kekayaan atau kemiskinan. Diberi rasa cukup, kenderaan yang baik. Rasa tidak berminat pada perkara perkara yang haram. Insya Allah, akan diberi pendapatan yang tak disangka sangka. Jangan lupa keluarkan zakat barang kemas yang dipakai jika melebihi 150 gram. Bagi barang kemas yang tersimpan, jika melebihi 85 gram bagi kawasan Wilayah Persekutuan. Barulah berkat rezeki kita dan mendapat persekitaran yang baik di rumah, pejabat, jiran tetangga. 

6.  Banyak berdoa. Doalah supaya dikurniakan anak yang soleh yang merupakan BCP di akhirat, doa supaya dilembut hati anak anak Baca lah ayat Al Hasri ayat 21 . Hembuskan pada air dan bagi anak anak minum. Jika pada suami atau isteri, dibaca dan dihembus pada tengkuk

7.  Buat baik pada ibu bapa.

Jika rumah dibina dari batu, kayu dan simen tapi rumah tangga dibina dari kasih sayang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.