Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Durian Juitaku Sayang



Kek Durian


Sekarang ni musim dan mood kuih muih berasaskan durian jer. Sebelum ni buat bubur kacang hijau dengan durian, semalam buat puding roti durian. Jadi lepas ni kek durian lah pulak.  Dah lama teringin untuk memasak kek durian, lebih lebih lagi sebab dah lama juga saya tidak membuat kek selepas Kek Semolina tempohari. Jadi saya fikir elok saya membuat kek durian, dapat kedua duanya sekali. Dapat makan kek dan juga durian.  

Ada beberapa resepi kek dalam simpanan tapi entah macamana terpandang resepi Kek Durian Ekspress. Ini sudah bagus, maklum zaman sekarang di mana masa bergerak pantas, kita tidak lagi boleh membuat sesuatu yang memakan masa dan kos yang banyak sedangkan hasilnya sama sahaja. Jadi kalau resepi ini yang menggunakan bahan yang ringkas dapat menghasilkan kek yang sama sedapnya dengan kek durian yang menggunakan bahan segala bagai, baik pilih yang ringkas. Lebih lebih lagi percubaan pertama ...

Hari ini saya menghantar bbm pada Juita kalau dia mahu membuat kek durian supaya boleh dimakan pagi pagi esok sebagai sarapan hari sabtu. Lagi pulak, saya lebih gemar kek yang sejuk, bukan yang panas panas. Kek panas kadang kadang tak terasa keenakan butter nya.  

Bila tak mendapat jawapan, saya fikir mungkin dia kepenatan selepas balik dari sekolah.  Tapi tiba tiba dapat image message kek durian yang telah siap dimasak.  Yahoo balik boleh terus makan kek durian dengan air teh O Ahmed Tea. Kek ini sangat lembab dengan tekstur yang sangat lembut. Jom layan resepinya...



Kek Durian


Kek Durian Juitaku Sayang
Oleh: Azie Kitchen
sumber:  kakbesah@myresipi

Bahan-bahan
½ cawan tepung berserbuk penaik (kalau tepung biasa, masuk 1 sudu kecil baking powder)
¾ cawan gula pasir
1 biji telur
¾ cawan bancuhan 3 - 4 ulas durian + susu segar @ susu cair (bancuhan susu tepung pun boleh)
 sudu kecil garam
¾ cawan minyak jagung @ sawit
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu besar ovallete

Cara-cara
Blend telur, gula, garam dan bancuhan durian hingga gula hancur. 




Masukkan minyak masak, ovallete dan blend selama 5 saat. Masukkan bicarbonate soda, blend lagi selama 5 saat 



Masukkan tepung dalam mangkuk, lalu curahkan bahan mesin sambil dikacau rata menggunakan hand whisk. Setelah dikacau rata, boleh masukkan semula ke dalam blender dan blend 5 saat.



Masukkan dalam loyang yang telah dialas kertas dan disapu minyak.  



Panaskan oven terlebih dahulu.  Bakar pada suhu oven 170C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. 


Boleh juga dimasukkan dalam cawan kertas @ muffin. Siap dan boleh dipotong dan dihidangkan.

Kek Durian

Enjoy .... 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Kek Durian Juitaku Sayang"

  1. Kalau cawan kertas berapa minit dan suhu utk bakar sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya 18-25 minit ikut saiz cawan dan oven

      Padam
  2. Assalamualaikum puan. Saya nak cuba resepi ni. Cuma nak tanya bila kena masuk ovallate? Terima kasih puan kerana berkongsi resepi yang mudah dan sedap. Semoga puan sihat selalu.. ~ faridah nordin.

    BalasPadam
  3. Salam puan boleh ke i gantikan dgn melted butter

    BalasPadam