Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Akhirnya TRIO Steamer Dapat Ku Miliki


gambar dari Google



Malam tadi semasa jalan jalan dengan hubby dan 2 orang anak kami di OU, kami pergi ke Jaya Jusco bahagian old wing.  Hajat hati hanya nak mencari cake plate dan juga bekas untuk menyimpan kek sebelum dimasukkan di dalam peti ais. Cari punya cari, tak juga jumpa. Sampai letih dan sakit betis dah.  Bila nak balik baru terjumpa cake plate tapi alahaai mahalnya sampai RM499, ye lah jenama Narumi.  Saya tak jadi membelinya melainkan dah tak jumpa jumpa juga, barulah boleh pertimbangkan.

Dalam perjalanan nak ke kaunter pembayaran, tiba tiba terpandang steamer yang pelbagai bentuk dan saiz, saya pun terus menuju ke situ dan waaa ternampak TRIO Steamer yang saya cari cari bagi menggantikan pengukus saya yang sudah uzur bagi urusan membuat kuih muih yang perlu menggunakan pengukus. 

Seronoknya hati.  Maklum dah lama nak membelinya dan bila contact Chef Asma, susah pulak nak pergi ambil kat kedai dia.  Kalau diposkan, dah pulak kena bayar kos pos.  Hmm seronok seronok kerana tercapai hasrat dihati untuk memiliki pengukus TRIO dan yang paling penting, saya boleh mengukus dengan menggunakan loyang empat persegi.  yeah.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Akhirnya TRIO Steamer Dapat Ku Miliki"

  1. Balasan
    1. Hi Honey, terima kasih kerana sudi mengunjungi. I dah lupa harganya. Rasanya antara RM190 - 210 jer kot. I beli di Jaya Jusco One Utama. Yang bestnya sebab boleh muat dulang 4 persegi. Tapi kalau pengukus biasa lagi cepat dan lagi mudah nak menyediakannya.

      Padam
  2. Murah yek.. Apsal pulak aku kena beli rm360??

    BalasPadam
  3. Maksud kak pengukus biasa lagi bagus dari Trio, ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah saya pun ingin tahu sebab nak beli ke tak kukus letrik ni. Takut kek lebih elok pakai kukus biasa.

      Padam