Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

22 Jan 2012

Perfectly Seared Scallops and Pasta





Hari ini memang resepi berjimat cermat. Hahaha nak tahu kenapa? Sebab memang menggunakan apa saja bahan yang ada dalam peti sejuk dan campak campak. Malam tadi masa ke JJ One Utama untuk membeli present untuk wedding reception Datuk Zack dan Ku Nur di PWTC, sempat juga singgah ke bahagian Supermarket. Memang kegemaran saya window shopping bahagian ikan ikan segar dan barang barang dapur. Ternampak ikan salmon, apalagi Aween terus minta dibelikan ikan salmon. Hmm 2 keping dah RM25. Berjalan lagi, jumpa frozen mussel, pun dia hendak juga. Lepas tu nampak pula scallops. Kali ni, I sendiri pulak yang hendak. Berulang kali melihat scallops dan fikir berkali kali, akhirnya ambil 1 pek yang harganya memang boleh tahan RM139. Aduhai mahalnya... beli beberapa barang jer, total dah hampir RM200.




Bukan apa teringat masa seminar di Hilton KL Sentral dulu, scallops dimasukkan dalam nasi goreng yang memang sedap. Tapi Juita awal awal dah sebut, jangan masak nasi sebab mereka tak nak makan nasi banyak banyak, sebaliknya masak pasta yang lebih sesuai dengan diet. 

Hari ini saya memang main campak campak jer sebab barang yang diperlukan oleh resepi, tak ada pun dalam simpanan. Pasta pun campur campur jer, ada angel hair, ada spaghetti dan fettunici. Herbs pun gitu juga, apa yang ada, saya campak jer. 

OK jom layan cara cara saya memasaknya. Mula mula saya keluarkan frozen scallops dan rendam dalam air sekejap. Lepas tu, saya lap lap dengan paper towel untuk betul betul keringkannya. Ini penting supaya scallops betul betul bergoreng dengan olive oil dan bukan masak berebus.






Taburkan garam dan coarse black pepper di kedua dua permukaan scallops dan biarkan selama beberapa minit, biar jadi mesra gitu.  



Sementara menunggu scallops mesra, saya potong tomato dan cincang bawang putih. Haaa ini lagi satu, sepatutnya saya guna tomato buah jadi guna jer cherry tomato.  huhuhu ini cherry tomato for my salad,  tapi hentam sajalah ...


Sambil sambil tu juga, saya rebuskan pasta. Rahsianya ialah masukkan garam yang banyak dalam air rebusan pasta, biar air rasa masin. Kalau kurang masin, tambah garam. Masa memasak nanti, bolehlah dikurangkan garam.



Panaskan kuali, biar betul betul panas menggunakan api yang besar. Masukkan olive oil dan saute masukkan scallops. Biarkan 1 1/2 - 2 minit bagi setiap belah permukaan scallops. Jangan dibalik balikkan sehingga cukup masa.  Dah nampak OK, angkat dan ketepikan.





Menggunakan kuali yang sama, masukkan sedikit butter dan biarkan sehingga cair sambil di kacau kacau dan kikis permukaan kuali bagi mendapatkan lebihan gorengan scallops tadi.  Lepas tu, masukkan bawang putih dan tomato, kacau rata sebelum dimasukkan chicken stock.  





Kemudian campakkan lah garam, black pepper, red pepper flake, oregano atau apa apa yang terlintas di fikiran jer. Tak ada salah dan tak ada masalah.


Masukkan pasta yang telah ditos dan dikacau rata.


asa hidang, letakkan scallops dan fresh parsley. Hmmm yummy and healthy breakfast. Makan ramai ramai secara berebut rebut lagi seronok.



Enjoy ....

2 comments:

  1. I used google translate to help me understand your cooking directions and ingredients. My husband and I had a wonderful dinner of scallops and pasta. Thank you!

    ReplyDelete
  2. nice recipe,,,will try this..^^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.