Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

1 Jan 2012

Nasi Lemak Azie Sarapan Pagi Tahun 2012



Pagi ni saya memasak nasi lemak dan geng nya sebagai sarapan pagi permulaan tahun 2012. Semoga tahun baru memberikan lebih kejayaan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga dan sahabat sahabat semua. Ameenn. Dengan peningkatan usia, amal ibadat dan kebaikan juga harus dipertingkatkan, maklum nikmat kehidupan telah ditarik sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Ramai yang berada di sekeliling kita, telah tiada lagi hari ini.

Huhuhu panjang pula mukadimmahnya. Memasak adalah juga aktiviti kebaikan unuk keluarga sendiri. Kita juga boleh berbuat kebajikan dengan berkongsi apa yang dimasak dengan kawan kawan dan jiran jiran ataupun berkongsi resepi dengan semua. Perkongsian ilmu yang bermanafaat adalah salah satu amalan yang pahala nya diterima secara berterusan walaupun kita tiada lagi di dunia ini.

OK lah, jom kita tengok resepi nasi lemak saya mungkin sama saja dengan cara orang lain memasaknya. Yang mana boleh diterima, ambil sahaja. Sebenarnya sedap atau tidak nasi lemak adalah bergantung kepada sambal yang kita sediakan. Kalau saya masak sambal, memang saya akan makan nasi bertambah tambah. hihihi tandanya sedap gitu, sedap ikut selera saya ler. 

Selain sambal, nasi lemak saya tak lengkap tanpa telur rebus dan timun. Yang lain lain, tak ada pun tak apa. Saya tak pernah menyediakan kacang goreng kerana anak anak memang tak makan dan saya sendiri pun tak suka ...

Nasi Lemak
Beras
Santan
Daun pandan
2 bawang merah hiris
1/2 inci halia hiris
Sedikit garam

Beras basuh dan tos. Masukkan dalam periuk bersama bahan hiris, daun pandan dan sedikit garam. Masaklah seperti biasa. Boleh juga diletakkan sedikit majerin, jika suka.

Sambal Ikan Bilis
1 mangkuk ikan bilis
1- 2 senduk cili kisar
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2-3 sudu besar gula merah
1 asam keping
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Kisar cili dan bawang bawang hingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga betul betul garing. Bila dah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Bila gula dimasukkan dulu, barulah sambal akan kelihatan kehitaman dan berkilat.

Kemudian masukkan lain lain bahan seperti garam, asam keping. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Kacau rata dan masak sehingga ikan bilis masak, bolehlah ditutup api.

Bahan bahan lain
Telur rebus
Timun
Kacang tanah goreng

sambal digoreng hingga garing

lihat sambal dah garing

masukkan ikan bilis

masukkan sedikit air dan lain lain bahan

sambal tumis yang dah siap

ayam goreng
 
hahaha apa jadi dengan telur rebus ni

ini jer timun yang ada, terpaksa lah juga guna

ikan bilis goreng sebagai bahan sampingan

5 comments:

  1. ya Allah sambal pebret d5 isk isk isk rase nk telan je pic nie heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, Kesedapan nasi lemak banyak bergantung kepada sambalnya kan? I ni sebenarnya suka sangat ambil gambar close up yang nampak real. Boleh ralit melihat gambar gambar seperti ni berjam lamanya. Tapi kamera tak cantik, jadi tak berapa sharp. Begitu juga kalau kat TV, bila difokus pada air yang jatuh atau minyak yang mercik, aduish meleleh menengoknya.

      Delete
  2. kerana keluarga berasal dari selatan...lebih menarik di makan bersama kangkung rebus atau kangkung goreng..di kuala lumpur pun terdapat kedai yang menjual nasi lemak beserta kangkung yang terletak berdekatan dengan hotel sheraton kuala lumpur yang dibuka seawal 7 pg.

    ReplyDelete
  3. sis serai tak payah letak ke dalam nasi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.