Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

24 Jan 2012

My Best Slow Cooker Home Made Spaghetti Alla Bolognese






Haaa bila tak tahu apa yang nak dimasak, boleh jer masak spaghetti atau apa apa pasta. Pasti jadi rebutan dan pasti habis. Penggemarnya ramai di rumah ini. Lagi pun memasak nya sangat mudah dan bahan bahan nya yang ringkas dan sentiasa tersedia.  
Resepinya sama jer dengan yang pernah dibuat sebelum ini. Boleh rujuk di SINI. Cuma kali ini saya tumis bawang putih dan sayur sayuran dulu sebelum daging. Kalau sebelumnya, saya masukkan daging dahulu. Rasanya tak ada banyak beza pun dari segi rasa dan sebagainya, jadi buat jer cara cara mana yang kita suka.






Hari ni nak gi makan nasi arab di seksyen 7, Shah Alam. Jadi rasanya tak ada lah nak masak apa apa untuk lunch. Spaghetti ni boleh makan petang atau malam. Jadi saya boleh lah relax relax pagi ni. Lepas ni nak ke Giant, hubby nak belikan barang barang untuk Boy bawa ke kampus petang nanti. Haaa ada lah masa melayan blog...

Jom ikut saya melayan gambar gambar pagi tadi. Saya masak separuh sahaja dari resepi kerana daging cincang yang ada hanyalah lebih kurang 270 gram sahaja ...

Mula mula sessi mengeluarkan bahan bahan dari peti sejuk. Apa yang ada, digunakan lah. Potong potong, hiris hiris, cincang cincang dan siap.








Masukkan olive oil, tak ada sukat sukat pun. Main agak agak jer. Tumis bawang putih sebelum dimasukkan pelbagai sayuran yang dipotong dan hiris tadi. Kali ini memang saya tumis bawang dan sayuran dulu. Sebelum ni, saya masukkan daging dulu. Sebabnya daging masih defrost atas defrost pan.






Lambat benar daging nak defrost, jadi saya pun campak jer ke dalam periuk seketul besar gitu. Cepat jer dia menjadi relai dan masak pun. Biarkan daging agak keperangan sedikit warnanya.





Haaa ini pulak bahan bahan yang diperlukan yang biasanya sentiasa tersedia di rumah kami. Setiap kali ke Hypermarket, memang saya mencari bahan bahan ini bagi memastikan yang ianya sentiasa ada. Jadi kalau ada tetamu yang berkunjung, sempat jer memasak sebagai hidangan.




Masukkan 1 tin diced tomato dan 1 tin tomato puree. Sudah cukup sebab daging pun sedikit sahaja, kalau biasa kena guna 2 tin diced tomato. Kalau suka, boleh juga ditambahkan fresh tomato yang dipotong potong.






Akhir sekali, saya masukkan segala bahan bahan kering seperti italian herbs, oregano dan bay leaves. Kacau rata sebelum ditutup api.





Kacau rata rata dan masukkan garam. Setelah herbs tadi bermesra, boleh lah dipindahkan ke dalam slow cooker untuk membiarkan ianya simmer untuk selama 1 ke 2 jam. Kacau sekali sekala dan buangkan lebihan lemak jika suka.





  

Cara cara merebus pasta adalah dengan merebus air yang banyak bersesuaian dengan jumlah pasta yang ingin direbus. Masukkan garam dan minyak. Tunggu sehingga air mendidih sebelum dimasukkan pasta. Perlahan lahan tekan sehingga kesemuanya tenggelam. Rebus mengikut masa ditetapkan di bungkusan.  Selepas ditos airnya, masukkan sedikit olive oil.









Bolehlah dihidangkan dengan meletak pasta atas pinggan hidangan, sendukkan sos spaghetti dan akhir sekali taburkan parmesan cheese dan daun parsley.






Enjoy ...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.