Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

23 Dec 2011

Vanilla Ice Cream


 



Wah hari ini sejarah kerana pukul 10 malam masih di pejabat menyiapkan assignment yang tak beres atas sebab sebab tertentu. Sampai di rumah dah pukul 11 malam. Tapi hati dah tak sabar nak membuat ice cream yang simple kerana tak berkesempatan membeli bahan bahan yang diperlukan. Hanya terpaksa menggunakan apa apa sahaja bahan yang tersedia.

Yang sebenar benarnya, dah tak sabar nak menggunakan ice cream maker Kitchen Aid yang dibeli dari USA dan dibawa balik oleh Yusri, cousin yang balik bercuti di Malaysia. Tak sangka pula cuti mereka pendek sahaja sehingga tak sempat menjemput mereka datang makan makan di rumah. Hajat hati nak memasak untuk meraikan mereka. Senarai resepi juga sudah disiapkan. Alahai tak kesampaian lah nampaknya kali ini. Insya Allah, kalau umur panjang, dapat berjumpa lagi. Maklum sejak beberapa minggu lepas saya sangat sibuk dengan urusan pejabat dan hubby juga outstation beberapa hari.

Apa apa pun ais krim ini sangat sedap, ala ala lecka lecka ice cream gitu. Tak payah nak beli ice cream mahal mahal lagi, boleh buat sendiri jer ...

Vanilla Ice Cream

Bahan-bahan (2 liter)
5 sudu gula pasir
1 tin besar susu sejat/cair
1 sudu besar ovallete
1 biji telur
2 sudu susu tepung
2 penutup esen vanilla

Cara-cara
mix semua bahan dengan mixer selama 5 minit, dengan high speed. Pasangkan freezer bowl dan ON mixer ke level stir.

Tuangkan adunan ke dalam freezer bowl sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Senduk dengan senduk plastik ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam freezer selama 30 minit.





10 comments:

  1. aslmkm..nak tanye,telur tu xpayah masak ke?nampak sedap,hehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak azie...susu tepung apa tu kak?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. X sakit perut ke makan telur mentah?

    ReplyDelete
  5. Salam hantar x ice cream th..

    ReplyDelete
  6. Salam.. Nak tanya if tak ada ovalette tu boleh jadi tak? 😅

    ReplyDelete
  7. Salam nk tanya kalau xde susu tepung,ganti dgn susu pekat manis blh ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.